Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Reka Bentuk Bakal Dimuktamadkan Sekitar Tahun 2023!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
15/06/2022
in BULETIN, UTAMA

Di samping permintaan yang semakin meningkat bagi kenderaan tenaga baharu di seluruh dunia, Chery sedang membangunkan All-Domain Power Architecture – merangkumi trenkuasa tradisional, hibrid dan elektrik – ke peringkat seterusnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak masa hadapan.

Sejak pelancaran enjin pertamanya pada 18hb Mei 1999, Chery telah memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan bebas (R&D). Barisan enjinnya telah memasuki evolusi generasi ketiga, dan setakat ini, sembilan enjin telah disenaraikan dalam 10 Enjin Terunggul China. Lebih 10 juta enjin Chery telah dijual di seluruh dunia.

Pembangunan thermodinamik kini selesai bagi tiga enjin generasi keempat dan memasuki fasa kalibrasi bangku, manakala pembangunan enjin pertama di bawah generasi kelima telah diluluskan. Reka bentuk enjin ini dijangka dimuktamadkan pada akhir-Jun 2023 sebelum dimasukkan dalam kenderaan pertama menjelang 2024.

Enjin hibrid khusus 1.5 liter turbo ini dilengkapi dengan suntikan terus, sistem pembakaran kecekapan tinggi pintar i-HEC 4.0 dan teknologi peredaran semula gas ekzos (EGR) tekanan rendah untuk mencapai kecekapan haba sebanyak 43.9% yang mengungguli industri. Program penyelidikan awal mengenai enjin berkecekapan tinggi, menggunakan teknologi pre-chamber jet ignition dan lean-burn, telah mencapai sasaran kecekapan haba melebihi 45% dalam makmal.

Pada 18hb Mei 2021, Chery melancarkan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) yang menampilkan dua motor, sembilan mod operasi, 11 kombinasi gear dan twin-shaft drive, menjadikannya yang pertama seumpamanya di kalangan jenama China.

Pada 25hb Februari 2022, salah satu project R&D utama negara yang diketuai oleh Chery – ‘projek pembangunan trenkuasa kenderaan penumpang dan integrasi baharu serta cekap kos’ – diluluskan di Wuhu, China. Hasil projek tersebut – DHT generasi pertama Chery, iaitu 3DHT125 – kini boleh ditemui dalam Tiggo 8 Pro e+.

Pada 5hb Mac 2022, ‘projek pembangunan enjin hibrid khusus (DHE)’ Chery, satu lagi projek R&D utama negara, telah lulus penilaian Kementerian Sains dan Teknologi China serta juri pakar. Projek ini memberi tumpuan kepada penyelidikan mengenai kitaran Miller high-compression ratio dan lean-burn untuk memanfaatkan enjin generasi keempat dan kelima Chery.

Chery akan terus mengoptimumkan DHT tiga-kelajuan bagi kenderaan hibrid plug-in (PHEV) bersaiz sederhana, sambil membangunkan DHT satu-kelajuan untuk PHEV dan hibrid kompak dan sub-kompak.

Chery memasuki segmen tenaga baharu pada 1999, dan trenkuasanya tidak terhad pada enjin bahan api dan hibrid. Pada 2017, kenderaan elektrik Chery EQ1 dilancarkan di China dan mendapat sambutan baik, manakala di Konvensyen Pengeluaran Dunia 2019, Chery mempamerkan kenderaan hidrogen generasi ketiganya dengan stack sel bahan api 30 kW yang mampu dipenuhi dengan hidrogen dalam tiga minit, memberikan jarak pemanduan melebihi 700 km.

Chery berupaya membangunkan unit kawalan elektrik bagi enjin (ECU), sistem hibrid (HCU) dan motor (MCU), dan sedang berusaha membangunkan teknologi kenderaan elektrik teras termasuk insulated-gate bipolar transistor (IGBT), litar bersepadu silikon-karbida (SiC) dan bateri solid-state.

Merangkumi tenaga bahan api, hibrid, elektrik dan hidrogen, All-Domain Power Architecture Chery direka berdasarkan setiap pelan hala tuju teknologi trenkuasa automotif yang diketahui untuk tempoh 30 tahun akan datang, dengan tumpuan segera pada pembangunan kendiri yang lengkap bagi produk elektrik.

Previous Post

SUV Terbaharu Ssangyong Selepas Korando Dan Rexton

Next Post

Semua Pengangkutan Awam Di Bawah Kendalian RapidKL; Kurangkan Kos Hidup Rakyat Dan Kesesakan Jalan Awam

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved