Selepas hampir 20 tahun filem Minority Report ditayang di pawagam seluruh dunia pada tahun 2002, kini peminatnya boleh turut serta menentang jenayah masa hadapan dengan bergambar bersama kereta konsep Lexus CS 2054. Direka oleh Harald Belker, kereta ini bakal dilelong oleh Mecum bulan hadapan.
Menurut spesifikasi yang diberikan, ia hampir sama atau memang sama dengan sebuah kereta yang dijual oleh RM Sotheby pada tahun 2013 dengan harga $16,500(RM71,738.72). Dalam spesifikasi tersebut ada menyatakan bahawa, pengarah Steven Spielberg bertemu Lexus untuk menghasilkan sebuah kenderaan futuristik dalam filem tersebut. Hasilnya? Konsep 2054 yang digambarkan sebagai sebuah kereta kalis-kemalangan dengan sistem keselamatan biometrik.
Selain itu, pelbagai lagi teknik perfileman yang digunakan kerana kereta ini sebenarnya dikuasakan oleh drivetrain Chevrolet sementara. Ia membolehkan kereta konsep ini bergerak seperti dilihat dalam filem. Namun, tiada siapa yang pasti adakah kedua-duanya kereta yang sama.
Walaupun kelihatan menawan di luarnya, bahagian dalamnya pula tidak diselesaikan dengan sempurna. Begitu juga ada beberapa bahagian yang sudah pun merekah. Bagaimanapun, badan ganti yang masih tidak digunakan turut didatangkan bersama kereta konsep ini.
Kalau ada peluang, anda nak letak harga berapa untuk kereta konsep Lexus CS 2054 ini?
Sumber : Carscoops