Hari Raya Aidilfitri tahun ini amat dinantikan oleh rakyat Malaysia yang tentunya tidak akan melepaskan peluang balik ke kampung setelah dua tahun tidak dapat pulang beraya. Ketika semua sedang teruja membuat persiapan perjalanan pulang dan berkumpul bersama orang-orang tersayang, Zurich Malaysia ingin mengingatkan semua untuk sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi diri serta orang lain di atas jalan raya.
Bagi membantu pemandu bersiap sedia untuk perjalanan balik kampung, Zurich Malaysia telah menyediakan beberapa petua berguna yang mudah diikuti, sebelum dan semasa di jalan raya sebagai peringatan prihatin di musim perayaan ini. Tujuannya adalah untuk menjadikan perjalanan pulang lebih selamat dan selesa.
Keselamatan di jalan raya adalah lebih daripada sekadar memandu dengan selamat. Setiap nyawa yang berada di atas jalan raya, perlu dipelihara. Yang penting, ianya adalah tentang bagaimana kita boleh melindungi diri sendiri dan orang tersayang.
Zurich Malaysia berharap agar semua rakyat Malaysia dapat menyambut Hari Raya Aildilfitri dengan selamat dan bersedia untuk membina masa depan yang lebih cerah.
Periksa Tayar
Kedalaman bunga tayar amat penting, sama dengan tekanan angin tayar yang mencukupi. Pastikan ada periksa kedua-duanya sebelum memulakan perjalanan. Tayar yang botak atau kurang tekanan tidak akan berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan kemalangan. Jika anda mempunyai kit membaiki tayar, pastikan ianya belum melepasi tarikh luput.
Pastikan Brek Berfungsi
Periksa brek anda sebelum balik kampung. Periksa juga minyak brek kerana minyak brek lama boleh memberi masalah. Jika anda mendengar bunyi berkeriut atau mengaum semasa membrek, atau merasai perbezaan prestasi brek, berhenti di stesen minyak atau bengkel terdekat untuk memeriksa keadaan brek anda.
Terangi Jalan Pulang
Memandu pada waktu malam mungkin lebih selesa dan kurang kenderaan di atas jalan. Namun, persepsi jarak dan keadaan sekeliling biasanya kurang tepat pada waktu malam. Anda memerlukan lampu yang terang untuk perjalanan yang lebih selamat. Pastikan lampu depan, lampu belakang dan lampu brek anda berfungsi, dan lampu hadapan dijajarkan dengan betul untuk penerangan maksimum.
Hormati Had Laju
Had laju akan berubah mengikut jalan. Biasanya jalan bandar mempunyai had laju 40km/j dan lebuh raya pula dihadkan sehingga 110km/j. Patuhi had laju dan elakkan kemungkinan berlakunya kemalangan atau dikenakan saman!
Penjarakan Fizikal Di Jalan Raya
Mengikuti kenderaan di hadapan terlalu dekat boleh mengurangkan masa tindak balas dan meningkatkan risiko kemalangan. Kekalkan jarak selamat pada setiap masa, terutamanya di lebuh raya.
Lampu Isyarat Bukan Perhiasan
Gunakan lampu isyarat sekurang-kurangnya tiga saat sebelum menukar lorong atau keluar dari simpang. Jangan gunakan lampu kecemasan (hazard lights) semasa hujan melainkan kereta anda terhenti. Hazard lights menandakan kenderaan berhenti dan ia boleh mengelirukan dan berbahaya bila digunakan jika kereta anda masih bergerak.
Letak Tepi Telefon Mudah Alih
Menghantar mesej atau menerima panggilan ketika memandu menyebabkan kelewatan masa tindak balas sehingga 50%. Tiada mesej teks yang begitu penting sehingga membahayakan nyawa sendiri atau orang sekeliling anda. Mesej boleh dibalas bila anda tiba di destinasi atau berhenti di tempat yang selamat.
Kelewatan Tida Dikira Kecemasan
Pulang tepat waktu untuk makan malam bersama bukanlah satu kecemasan. Jangan guna lorong kecemasan untuk memotorng kenderaan lain ketikan kesesakan jalan raya. Lorong kecemasan adalah khas untuk keadaan-keadaan kecemasan sahaja.
Perlindungan Di Atas Jalan Raya
Insurans motor sememangnya wajib untuk setiap kenderaan. Semak maklumat insurans kenderaan untuk memastikan ianya mempunyai perlindungan menyeluruh termasuk pemandu tambahan dan liputan tembahan seperti perlindungan bahaya khas. Lebih elok lagi jika anda turut anda mempunyai insurans nyawa atau takaful.
Bersiap Siaga Untuk Kecemasan
Sediakan alatan-alatan ini dalam kenderaan. Anda tidak akan tahu bila ia mungkin diperlukan.
– Segitiga kecemasan
– Kabel jumper
– Pemadam api
– Kit membaiki tayar