Sahabat Permotoran Pulau Pinang (SP3) dengan kerjasama GM Event Management telah menganjurkan acara SP3 Biggest TT 2K18, bersempena dengan Penang Motorsports Entrepreneurship pada 18 Mac yang lalu. Berlangsung di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, ini merupakan kali keempat ia diadakan sejak penganjuran pertama beberapa tahun yang lalu.
Acara ini berjaya menarik puluhan kelab dan komuniti sekitar Utara, termasuk peminat permotoran yang lain. Dianggarkan lebih 1000 orang peserta dan 800 buah kereta, telah mengambil bahagian. Antaranya, Kelab Myvi Utara (KMU), MyAxia Owners Club (Maxoc), MyWira Underground Car Club (MUCC), Members Wira Car Club (MWCC), Gabungan Pemilik Wira Malaysia (GPWM), PWira Club (PWC), Vios07 Club, Geng Geng Community (GGC), Waja Performance Club Malaysia (WPCM), Myvi Gen3 Club (MG3), My Alza Owners Club (MAOC), Geng Alza Biru (GAB), Bimmer Utara, Civic EX4D Community, Geng Saga Buruk dan banyak lagi.
Selain berkumpul, pihak penganjur turut menyusun pelbagai aktiviti sampingan khusus untuk hiburan para pengunjung. Antara yang mendapat sambutan termasuklah sesi karaoke, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, permainan santai dan cabutan bertuah. Acara tamat sejurus selepas sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.