Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi, MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM) telah menyumbangkan sebuah trak pikap Triton kepada Dignity School. Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran komuniti dan pusat holistik sehenti yang dibina khusus untuk golongan kurang bernasib baik. Sekolah ini berlokasi di Bentong, Pahang.
Trak pikap ini telah diserahkan pada minggu pertama Oktober oleh Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi. Ia digunakan bagi melancarkan operasi harian ladang ini serta sebagai pengangkutan anak-anak Orang Asli ke sekolah di mana mereka didedahkan dengan program pendidikan untuk golongan belia dalam membangunkan komuniti, pertanian semula jari dan juga pembangunan perkembangan kemahiran.
“Sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia untuk membuka sekolah yang diikuti SOP yang diperketatkan, Mitsubishi Motors merasakan ia adalah waktu yang strategik untuk membantu golongan kurang upaya ini dari segi kesihatan dan juga akademi. Malah, pihak kami turut berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan Dignity Farm School. Di sini para pelajar diberikan pendedahan terhadap kemahiran praktikal dan juga teori. Secara tidak langsung, ia sebagai persediaan agar anak-anak ini dapat menyertai bidang pelancongan dan pertaniang yang memerlukan inovasi dan pekerja mahir,” kata Tomoyuki Shinnishi lagi.
Walaupun sekolah ini terletak di kawasan pendalaman di Bentong yang memerlukan kenderaan seperti trak pikap 4×4, Triton telah pun melepasi ke semua cabaran dengan cemerlang. Tomoyuki berharap, ia dapat membantu Dignity Farm School untuk setiap perjalanan dan cabaran yang bakal ditempuhi.