Energizer Malaysia hari ini meluaskan portfolio jenamanya di Malaysia dengan pelancaran rasmi Armor All® – jenama terkemuka produk penjagaan kereta berkualiti tinggi. Sinonim dengan pengeluaran inovasi dan teknologi baharu di dunia, selain pelbagai jenis produk terbaik yang dihasilkan. Energizer Holdings – syarikat induk Energizer Malaysia, telah memperoleh jenama Armor All® pada tahun 2018.
Saban tahun, Energizer Malaysia terus meningkatkan pertumbuhannya sebagai sebuah syarikat terkemuka dengan mengukuhkan portfolio jenama untuk pengguna di negara ini, termasuklah menambah Armor All®, jenama penjagaan kereta terkenal di dunia dalam senarai jenamanya di Malaysia hari ini.
Norma baharu ketika pandemik ini banyak memberi kesan kepada operasi perniagaan, malah terdapat perubahan tingkah laku pengguna dengan lebih ramai orang melakukan aktiviti DIY disebabkan kesukaran mendapatkan perkhidmatan yang sering digunakan sebelum ini. Di kalangan pemilik kereta, ramai antara mereka membiarkan kereta tidak bergerak di rumah berikutan pelaksanaan amalan bekerja dari rumah dan sekatan perjalanan.
Disebabkan hal ini, ramai pemilik kereta tidak dapat membersihkan kereta mereka secara profesional untuk hasil yang sangat memuaskan, dan terpaksa melakukannya sendiri. Untuk golongan ini, Armor All® kini bersedia menawarkan produk yang membolehkan mereka membersihkan kereta dengan hasil setanding khidmat profesional, hanya dari rumah.
“Di Energizer, kami memahami keperluan pelanggan, termasuklah keperluan pemilik kereta yang berubah-ubah ketika pandemik ini, sekali gus menjadikannya sebagai peluang untuk memasuki segmen penjagaan kereta di Malaysia. Kualiti formulasi Armor All® membolehkan kami menawarkan produk penjagaan kereta yang berkesan, yang menjadikan kereta kelihatan lebih menarik dengan harga yang berpatutan.”
“Dengan pelbagai rangkaian produk semua dalam satu dan juga produk penggunaan 1-langkah yang ada, ianya mudah untuk mendapatkan hasil bertaraf profesional di rumah – sebagaimana dijanjikan oleh slogan ‘Kelihatan cantik dengan mudah’ (Looking good made easy). Kami yakin yang kami mampu menawarkan perbezaan luar biasa kepada pemilik kereta di luar sana yang mencari rangkaian produk yang mudah digunakan dan memberikan hasil yang hebat. Kami juga akan memperkenalkan lebih banyak inovasi Armor All® kepada pemilik kereta di Malaysia dalam tempoh 6 hingga 9 bulan akan datang, dalam tahun 2022,” kata Diane Lee, Pengarah Perniagaan – Malaysia & Singapura, Energizer Holdings Inc.
Aaron Abner Ang, Ketua Pemasaran – Malaysia, Singapura & Indonesia, Energizer Holdings Inc berkata, “Kami yakin yang Armor All® mampu menjadi ‘game changer’ bagi ruangan produk penjagaan kereta untuk pengguna di Malaysia. Sebagai syarikat pengguna dengan pelbagai jenama terkemuka, Energizer ingin menjadi pemimpin dalam memberikan nilai kepada pelanggan dan pengguna.”
“Untuk meningkatkan pendedahan terhadap Armor All®, kami telah menceburi dunia Grand Prix, dengan melantik Jenson Button sebagai duta global pertama untuk Armor All®. Di Malaysia pula, kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pakar kereta seperti YS Khong, GC Mah, Alex Yoong dan Tengku Djan untuk mewujudkan kesedaran terhadap Armor All®, selain bekerjasama dengan pemilik-pemilik perniagaan cuci kereta untuk mengetengahkan produk kami.”
Bahagian Luar dan Papan Pemuka
Rangkaian pelindung Armor All® Protectant memberi tumpuan kepada permukaan dalaman kereta anda. Setiap hari, kereta kita terdedah kepada habuk, kotoran dan unsur merosakkan seperti sinar UV dan pengoksidaan. Bahan pelindung Armor All® akan memastikan papan pemuka kereta anda selamat daripada keretakan, perubahan warna dan penuaan pramatang. Pencuci Tanpa Air & Penyembur Lilin akan menjadikan kereta anda sentiasa kelihatan seperti di bilik pameran dengan aplikasi mudah melalui semburan pantas dan pengelapan lembut. Bagi mereka yang lebih suka menggunakan cara tradisional, anda boleh memilih produk Pencuci & Penggilap Berlilin yang biasa.
Roda Dan Tayar
Roda kereta selalu terdedah kepada kesan gris, kotoran jalan dan debu brek yang melekat semasa keadaan memandu yang panas terik dan disebabkan keadaan di jalan raya. Rumusan tiga tindakan Pembersih Roda & Tayar Armor All® melarutkan minyak, kotoran jalan dan debu brek untuk menyerlahkan kegemilangan tersembunyi tayar dan rim anda. Penyembur Buih Tayar akan menjadikan tayar anda bersih, berkilat dan dilindungi dalam masa beberapa minit sahaja.
Cermin dan Kaca
Pembersih Kaca Armor All® dirumuskan khas untuk memastikan cermin depan dan tingkap kereta anda memberikan tahap kejelasan yang optimum. Pembersih kaca yang biasa digunakan di rumah biasanya mengandungi amonia yang merosakkan permukaan automotif, tetapi pembersih ini dapat mengatasi kotoran yang paling degil tanpa memerlukan amonia, seterusnya melindungi kereta anda.
Tempat Duduk Buatan Kulit
Tempat duduk kereta buatan kulit kesayangan kita iaitu tempat di mana anda menghabiskan paling banyak masa semasa berada di dalam kereta, akan mendapat manfaat daripada Pengelap Kulit dan Gel Penjagaan Kulit Armor All®, yang memastikan kulit dibersihkan hingga seperti asalnya. Dengan tambahan lilin lebah, anda mendapat perlindungan tambahan dan kemasan tidak berkilau untuk kulit. (Produk Gel Penjagaan Kulit tidak mengandungi lilin lebah
https://www.armorall.eu/en/products/leather/leather-care)
Rangkain produk Armor All® boleh didapati di semua cawangan Tesco / Lotus’s (di lebih 40 pasaraya) dan lain-lain rangkaian pasaraya terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.armorall.my (aplikasi mudah alih) atau hubungi kami di Facebook www.facebook.com/ArmorAllMY/