Mungkin kedengaran pelik apabila terpaksa membayar harga sebuah McLaren 720S untuk sebuah Holden edisi khas tetapi itulah yang terjadi di Australia. Sebagaimana yang dapat dilihat, sebuah HSV GTSR Maloo W1 sedia untuk dilelong menerusi laman Lloyds Online dan sehingga artikel ini ditulis, ia telah menerima bidaan setinggi AU$675,000.
Bagi makluman, sebanyak 275 sedan GTSR W1 contoh dihasilkan dan ia menjadi kereta yang paling didambakan di kalangan pecinta kereta. Namun begitu, difahamkan bahawa hanya 4 unit dibina sepenuhnya secara eksklusif hanya dalam lingkaran HSV.
HSV mengambil kira beberapa kemungkinan untuk menghasilkan GTSR W1 Maloo dan mendapati, ianya bisnes yang tidak masuk akal. Seterusnya, Walkinshaw Performance mengambil model standard GTSR Maloo dan dilengkapkan dengan modifikasi W1.
Bagi menguasakan super UTE ini adalah enjin LS9 V8 supercharged 6.2 liter dengan 636hp dan tork 601 lb-ft (815Nm) yang semuanya disalurkan ke roda belakang dengan transmisi manual Tremec 6-kelajuan.