Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

RAMAI ORANG INGAT INI JAZZ – TAPI SEBENARNYA HONDA CIVIC EP3 TYPE-R

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
24/06/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Kereta ini tak popular langsung. Saya rasa kesilapan pemasaran di Jepun adalah puncanya. Honda sepatutnya mengikut tradisi Civic, jangan bahagikan pasaran. Apabila ada terlalu banyak pilihan pada sebuah kereta yang ditenggelamkan oleh Integra DC5, EP3 jatuh ke tangga bawah.

Baik di pameran, trek lumba dan kelab kereta EP3 paling tidak menyerlah. Civic FN2 Euro 3 segi pun tak sedih macam ini nasibnya.

Realiti sebenar, kereta ini memang kelangsungan lagenda Civic Type-R. Apabila diperkenalkan pada 1999 menggantikan EK9, EP3 adalah versi pertama K20R, bertransmisi manual enam kelajuan, berkuasa 200hp

Bersama dengan DC5, dua kereta diperkenalkan serentak, satu hatchback dan satu lagi coupe. Harga pula dekat-dekat sama. Grey importer apa lagi berbondong-bondong mereka import masuk Integra. Nisbah DC5 dengan EP3 100:1 agaknya.

Ini menjadikan EP3 sebagai makhluk yang sangat rare. Dalam setahun mungkin anda boleh jumpa tak sampai 10 kali kereta ini. Kalau nak beli, tidak ramai yang sanggup bayar sebab harganya tidaklah murah mana.

Pinjaman di bank pun bagi ikut tahun. Tahun yang ada dalam buku bank semuanya tulis Civic saja. Tak ada pun Civic EP3. Jadi kena ikut pasaran Civic 2.0 RS dulu. Saya tau sebab pernah pernah tanya beberapa tahun lepas.

Bentuknya pula saling tak tumpah macam Honda Jazz. Maka tak hairanlah kalau makwe-makwe di luar sana ingat kereta ini Jazz dua pintu. Gila kesal kalau dengar. Pada hal bayar kereta dua kali ganda harga GD. Hendak beli pun punyalah susah cari bertahun baru jumpa.

Pemilik kereta ialah seorang cikgu dari Kelantan. Waktu kereta ini dirakam gambarnya, Cikgu Zikri baru berapa hari membeli kereta ini. Tak sempat nak buat apa dan sebenarnya dia memang tak nak buat banyak modifikasi pun.

Enjin K20A dalam keadaan asal. Dipasang dengan spark plug Iridium dan ECU Hondata K Pro. Ekzosnya yang tak nampak sebab manifold K di belakang ialah manifold Toda yang dipasang lengkap dengan set ekzos J’S Racing 70RR. Pelapik klac kereta pemilik lama dah pasangkan dengan Ogura Single Plate.

Pengubahsuaian yang dibuat oleh Cikgu Zikri lebih pada pengendalian. Set suspensi asal digantikan dengan jenis TEIN Super Street boleh laras dan pad brek Project U. Benda kritikal pada Civic iaitu rim telah digantikan dengan CE28N 17 inci dengan tayar RE11 bersaiz 225/45/17. Sebenarnya, Civic tak boleh lari dengan TE37 atau CE28N. Masuk rim lain terus nampak pelik kan?

Badan kereta dalam keadaan asal EP3. Di Jepun tak banyak tuner yang buat bodykit untuk kereta ini. Kalau ada sekalipun, tak boleh blah rupa dia. Baik biar standard sahaja. Warna putih champion itu eksklusif untuk model R.

Masuk ke bahagian dalamannya, beginilah rupa papan pemuka EP3. Saya percaya ramai yang tak pernah tengok rupa papan pemuka kereta ni. Ia tak sama langsung dengan Integra, lebih kepada asas kereta ini dibuat iaiatu Stream. Gearnya di bahagian kolum atas yang agak kekok juga kalau kali pertama pandu sebab kereta ini bertransmisi manual.

Benda asing yang dipasang Rev/Speed meter Pivot yang kecik dan simple. Sementara pemain audionya ialah Kenwood single DIN.

Baiklah. Jauh di sudut hati, saya sebenarnya kagum dengan cara Honda pada masa dulu buat kereta dan menjadikan mereka sebagai pemain N/A yang serius. Enjin K20A walaupun sudah tamat perkhidmatannya, ia masih lagi mesin yang popular. Sama popular dengan enjin S2000 di Amerika Syarikat.

Enjin ini telah merubah industri kereta sports kepada terma baru N/A yang popular dan melahirkan beratus-ratus syarikat yang membangunkan produk prestasi tinggi untuknya.

Kalau anda wang tunai yang banyak, nak merasa VTEC yang rare, cari sebuah EP3 dan simpan sampai mati. Tak laju tak apa. Bangun pagi, cuci kereta, lap rim dan tengok enjin puas-puas.

What a beautiful life!!!

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

TOYOTA KE70 OREN

Next Post

PROTON SATRIA ENJIN GSR

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved