Orang dah tak gila modifikasi Satria macam 10 tahun lepas. Walaupun kereta ini sudah terlalu murah di pasaran tempatan, namun nak beli half-cut power mungkin terpaksa gadai tanah.
Mahal betul enjin kereta ini. Barang-barang eksotiknya seperti armrest tinggi, tray berger Lancer, sunroof jangan ceritalah. Memang stok kena gadai sekurang-kurangnya gelang mak atau cincin bini atau mungkin Samsung Note yang baru sebulan beli.
Brader Yus mempunyai sebuah Satria yang tidak laju pada asalnya. Satria ini dalam geran asalnya ialah model 1.3. Tiba-tiba dia buat magik masuk enjin GSR. Enjin ni pun bukanlah standard. Modifikasinya boleh tahan.
Pertama, kepala selinder dibuat port dan polish dengan pulley boleh laras Arospeed. Piston pula guna jenis supercharger yang saya kurang pasti enjin apa punya. Boost ialah 1 bar, injektor Evo III, walbro fuel pump, works fuel regulator dan radiator Greddy.
ECU asal komputer digantikan dengan ECU model GSR RS, kemudian dipintas oleh Greddy E-Manage dan sebuah pelaras boost Greddy. Ekzosnya dari depan sampai belakang paip 2.5 inci dan peredam bunyi Jasma. Kotak gear pula daripada GSR 4WD dikunci jadi 2WD, dipasang dengan flywheel 9 inci evo dan klac Triniti.
Apabila dah laju, orang yang waras tidaklah akan guna suspensi ibu mengandung. Jadi Yus menggantikan set asal dengan jenis boleh laras jenama Zerone. Siap. Breknya ditukar kepada slotted disc dan caliper Mitsubishi FTO.
Secara automatik dapatlah hub 5 lubang. Bila dah 5 lubang banyaklah rim boleh digunakan. pakai. Kemudian Yus memilih rim TE37 replika Rota dengan saiz yang lebar iaitu 17X9 inci depan belakang. Tayar pula jenis menguncup ke dalam dengan saiz 205/40/17. Rim dicat warna hitam, kontras dengan badan berwarna oren.
Bahagian dalaman seperti Satria ini dah jarang-jarang boleh jumpa. Susunan meter, APEXi controller dan gajet-gajet yang bersepah sana-sini. Senarai barang yang diberi boleh tahan. Ada SAFC, Boost controller, RSM, meter NRG, stereng Momo Daytona, seatbelt Takata, tempat duduk Bride Cuga dan CD player Clarion.
Pasal kosmetik, tidaklah susah bagi sebuah Satria, boleh pilih guna Mirage Cyborg, kepala Evo ataupun Satria Gti. Memang Gti selamat sikit lah senang cakap. Di bumbungnya dipasang sunroof Evo 4 yang tidaklah berapa selamat. Tetapi kalau dah inspection, semuanya OK!
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ