Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

5 Kereta Paling Lama Dihasilkan Dan Laris Di Pasaran

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
24/07/2020
in BULETIN, UTAMA

Apabila pengeluar kereta berjaya menghasilkan satu rekaan yang cukup elegan dan memenuhi semua kriteria yang diperlukan, mereka akan terus menghasilkan kereta tersebut dalam satu tempoh masa yang cukup lama. Walaubagaimanapun, kereta yang disenaraikan telah menjalani beberapa perubahan kecil dalam kemaskini produk bagi memastikan ia kekal relevan. Rekaan yang cantik, jualan memberansangkan, keuntungan yang besar dan model tersebut menjadi trend culture menyebabkan model ini terus dihasilkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

1. Land Rover Defender
cesi asalnya mula direka dan dihasilkan semenjak tahun 1940 lagi namun model pertama dilancarkan secara rasmi di Amsterdam Motorshow 1948 lagi. Ia telah berada dalam pengeluaran selama 67 tahun dengan cesi dihasilkan dari keluli dan kabin daripada aluminium menjadikannya susah untuk berkarat, tahan lasak dan disukai oleh pasukan keselamatan.
Pengeluaran unit terakhir adalah pada 29 Januari 2016 dengan 2 juta unit telah dihasilkan dalam pelbagai varian. Model penggantinya dikenali dengan nama Lan Rover Defender 2020 dilancarkan pada bulan September 2019. Model asal terpaksa dihentikan berikutan ia gagal memenuhi spesifikasi keselamatan perlanggaran serta pengendalian.

2. Suzuki Jimny
Jawapan Suzuki kepada kenderaan pacuan empat roda dalam saiz kei-car. Konsep asal kereta ini telah direka pada tahun 1968 dan mula dijual pada tahun 1970. Sehingga bulan September 2018 sebanyak 2.85 juta unit telah berjaya dijual di serata dunia menerusi 4 generasi iaitu LJ, SJ, JB23 dan terbaru JB64.

Rekaannya masih lagi kekal sama iaitu rekaan 2 kotak di atas cesi ladder frame dengan keupayaan 4×4 serta dikuasakan dengan pilihan enjin sekecil 360cc sehinggalah enjin paling besar bagi pasaran luar dengan pilihan enjin 1900cc. Generasi terbaru dikuasakan dengan enjin KB14 1400 cc atau 660cc turbo sudah cukup untuk menggerakkan 4×4 comel ini dengan berat sekitar 1000kg.

3. Mercedes G Wagon
Dihasilkan mulai tahun 1979 khusus untuk kegunaan tentera oleh Mercedes, namun beberapa pelanggan VVIP mahukan sebuah 4×4 mewah maka Mercedes menghasilkan G-Wagon versi awam yang telah ditambah baik dalam semua aspek. Namun ia bukanlah dihasilkan di kilang Mercedes, namun dikeluarkan oleh contract assembler Magna Steyr.

Satu-satunya model Mercedes yang menggunakan cesi ladder frame dengan kabin dipasang di atasnya, sama seperti Hilux. Disebabkan ia merupakan model mewah, hanya 300,000 unit dikeluarkan dalam tempoh 49 tahun pengeluaran dengan menerima beberapa kemaskini. Varian paling ekstrim menggunakan konfigurasi 6×6 dengan enjin V8 AMG 5200cc bi-turbo.

4. Lada Niva
Mula direka dari tahun 1971, memasuki fasa prototaip pada tahun 1973 dan mula dipasarkan pada tahun 1977 sehingga ke hari ini. Bermula dari dulu ia ditawarkan dalam 4 varian enjin bermula dari 1600cc sehingga 1900cc. Transmisi yang disediakan ialah 4 kelajuan automatik ataupun 5 kelajuan manual dengan keupayaan sistem 4×4.

Data dari laman sesawang Lada mendapati ia masih lagi dijual dengan sambutan yang menggalakkan kerana pada tahun 2018 360,204 unit terjual di seluruh dunia. Walaupun berasal dari Rusia namun ia juga dipasang di Amman, Jordan, Romania, Ukraine dan beberapa negara yang memiliki hubungan baik dengan Russia.

5. Peugeot 405
Dihasilkan oleh Pininfarina dan mula dijual dari tahun 1987. Ia mendapat anugerah European Car of The Year pada tahun 1988 dengan pencalonan paling tinggi dalam sejarah. Model 405 dijual dalam varian pemanduan sebelah kanan dan kiri dalam bentuk sedan, wagon dalam konfigurasi pacuan depan dan AWD.

Walaupun pengeluaran rasmi ditamatkan pada tahun 1997, syarikat luar negara seperti Iran melalui syarikat Khodro dan juga di Mesir melalui syarikat Abaza menjadikan sebanyak 2.5 juta unit model 405 ini dihasilkan di seluruh dunia.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Mustang Mach-E 1400 Dengan 7 Motor Elektrik

Next Post

Harga RON95, RON97 Turun 4 Sen

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved