Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Mustang Mach-E 1400 Dengan 7 Motor Elektrik

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
24/07/2020
in BULETIN, UTAMA

Keputusan Ford untuk menggunakan nama Mustang pada kereta elektrik adalah sesuatu yang berani. Mustang adalah nama ikonik dan legenda digunakan pada model segmen yang boleh dikatakan masih dalam peringkat penerimaan di kalangan pengguna. Bagaimanapun, ini sesuatu yang berbeza. Ford Mustang Mach-E 1400, model elektrik berkuasa tinggi yang menonjolkan prestasi tanpa perlu menggunakan setitik bahan bakar. Apa yang luar biasa pada model ini? Ada tujuh motor elektrik dengan keupayaan daya mendap (downforce) yang sedia untuk digunakan di litar, jaluran drag, laluan gymkhana atau mana-mana sahaja yang boleh mempertontonkan kuasa janaan elektrik.

Projek ini dibangunkan dengan kerjasama Ford Performance dan RTR yang memakan masa selama 10,000 jam. RTR diasaskan oleh Vaughn Gittin Jr. yang juga pemandu dan personaliti sukan permotoran. Ford Mustang Mach-E 1400 dibina bagi merapatkan jurang di antara keupayaan sebuah kenderaan elektrik (EV) dan apa yang cenderung dipercayai oleh pelanggan. Sasaran output kuasa untuk kereta prototaip ini ialah 1,400 hp.

Pasukan pereka Ford dan RTR menggunakan banyak peralatan yang sama digunakan Ford pada kereta lumba dan program pengeluarannya. Satu ciri hebat pada Mustang Mach-E 1400 ialah tujuh motor atau tambahan lima daripada dua pada Mustang Mach-E GT. Tiga ditempatkan pada pembeza (differential) depan dan empat di belakang secara bertindih (pancake style) dengan aci pacu (driveshaft) tunggal menghubungkan kepada pembeza dan berfungsi untuk melaras kereta dalam pelbagai keadaan dari drift kepada perlumbaan litar.

Casis dan rangkaian kuasa (powertrain) pula dibuat bagi pasukan pembangunnya mengkaji pelbagai bentangan dan kesan kepada penggunaan tenaga dan prestasi termasuk pacuan roda belakang, semua roda dan roda depan. Tetapan bagi drift dan pemanduan di litar mempunyai konfigurasi bahagian depan yang langsung berbeza seperti lengan kawalan (control arms) dan stereng bagi mendapatkan darjah putaran yang ekstrem.

Pembahagian kuasa boleh diagihkan secara sama rata di antara bahagian depan dan belakang atau mana-mana satu dengan penuh. Prestasi daya mendap disasarkan lebih daripada 1,000 kg pada 257 km/j. Bateri Mustang Mach-E 1400 mempunyai kuasa 56.8 kWh dan sistem bateri direka untuk disejukkan semasa pengecasan menggunakan di-electric coolant.

Mustang Mach-E 1400 menggunakan brek Brembo™ sama seperti kereta lumba Mustang GT4 dan sistem brek tangan hidraulik yang direka untuk drift yang menggabungkan kawalan rangkaian kuasa supaya dapat mematikan kuasa kepada roda belakang. Mustang Mach-E 1400 dijadual untuk dibawa ke perlumbaan NASCAR dan turut berfungsi sebagai kenderaan ujian bagi bahan baharu. Bonet Mustang Mach-E 1400 diperbuat daripada gentian komposit organik dan alternatif ringan kepada gentian karbon yang digunakan pada bahagian lain kereta.

Sesi pemanduan beliau telah berjaya mengubah langsung pandangan terhadap keupayaan kuasa dan daya kilas dengan pengalaman yang tidak pernah anda bayangkan kecuali mungkin seperti roller coaster magnetik! Ford melabur lebih daripada USD11.5 bilion untuk EV di serata dunia dan model global pertama yang ditawarkan ialah Mustang Mach-E.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

X7 Dark Shadow Edition 2021 Bakal Saingi Mercedes-Benz GLS

Next Post

5 Kereta Paling Lama Dihasilkan Dan Laris Di Pasaran

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved