Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SUBARU FORESTER SF5

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
28/04/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Masa jadi pelajar satu masa dulu, saya ni jenis rajin masuk hutan. Bukan nak jadi Tarzan, tapi dulu suka panjat gunung. Malaysia sebenarnya amat bertuah kerana hutan hujan tropika di negara ini boleh dikatakan sebagai antara yang tercantik di dunia.

Di Semenanjung Malaysia, terdapat tujuh buah gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 7,000 kaki. Gunung Tahan, Korbu, Gayong, Chamah, Ulu Sepat, Yong Yap dan Yong Belar ialah gunung-gunung di Semenanjung yang menjadi puncak wajib didaki oleh geng-geng gunung. Itu belum dicampur gunung-gunung di Sabah dan Sarawak. Siapa tak kenal Gunung Kinabalu di Sabah? Kalau dah kenal, kena pula panjat Gunung Mulu di Sarawak.

Sesiapa yang terjebak dalam aktiviti sebegini memang susah nak tinggal, kecuali perut dah buncit dan lutut dah longgar. Tapi geng-geng ini sudah masuk aktiviti pacuan empat roda pula. Gunung diganti dengan denai. Sementara beg Karrimor diganti dengan Pajero.

Terkeluar cerita gunung sebab Forester ini. Subaru Forester walaupun namanya ada kaitan dengan hutan, ia sebenarnya bukanlah kenderaan yang sesuai dipandu untuk meredah sungai dan lopak. Forester ialah kenderaan crossover, mungkin yang pertama seumpamanya di dunia.

Biarpun lebih mirip sebagai sebuah wagon berbanding SUV, Forester tetap saya minat. Sebabnya, jika dibandingkan dengan kenderaan crossover lain, ia mempunyai sistem pacuan empat roda yang cukup baik. Malah saya pernah lihat Forester diubah suai untuk kegunaan lasak dalam hutan. Sumpah korang tak boleh buat macam ni dengan Mitsubishi ASX atau Suzuki SX4!

Kelebihan utama Subaru Forester adalah kemampuannya untuk menjadi kereta berprestasi tinggi kalau dimahukan oleh tuannya. Sebenarnya di Malaysia, banyak Forester diubah suai ke arah ini.

Kenapa? Senang saja. Enjin EJ20 yang digunakannya sama sahaja dengan enjin Impreza. Satu lagi fakta yang mungkin ramai tidak tahu ialah cesinya pun sama dengan Impreza. Kombinasi enjin dan cesi ini membuatkan Forester sebuah kereta crossover terbaik pada hemat saya.

Cuba tengok Forester ini. Cantik bukan? Sekali pandang, tak sangka bahawa kereta ini sudah berusia hampir 16 tahun. Okay la tu, sweet 16. Forester di pasaran Malaysia boleh dikatakan semuanya diimport melalui kedai kereta recond dan bukan dari Auto Dunia, pemegang francais Subaru pada ketika itu. Hampir semuanya juga menggunakan enjin EJ20 turbo dengan kotak gear automatik.

Tiada masalah. Sebagaimana yang saya katakan awal-awal tadi, cesinya sama dengan Impreza. Jadi kalau nak power lagi dan guna transmisi manual, tak payah susah-susah nak cari half-cut Forester Sti. Cari half-cut Impreza pun boleh.

Kereta ini misalnya dah layan enjin Impreza STi Version V yang masuk ke ruang enjinnya tanpa sebarang modifikasi. Enjin itu diubah suai sedikit dengan menggantikan penapis udara asal kepada penapis udara A’PEXi dan menambah satu injap blow-off jenama HKS SSQV. Sistem penyampaian petrol dibantu oleh penyelaras bahan api boleh laras SARD. Sementara hos-hos getah di dalam enjin diganti dengan hos-hos silikon buatan Samco.

Tidak lengkap kalau anda ubah suai enjin boxer Subaru, tetapi ekzos masih standard. Tak cukup sifat namanya. Forester ini menggunakan paip ekzos 3 inci buatan custom yang disalur terus kepada peredam bunyi A’PEXi N1. Bunyi enjin boxer daripada enjin single scroll ini memang terbaik. Boleh gugur jantung kalau duduk sebelah! Untuk membantu pelarasan campuran petrol dan udara, pemilik Forester ini menggunakan sebuah S-AFC daripada A’PEXi.

Kotak gear automatik yang datang bersama-sama Forester ini diganti dengan kotak gear manual lima kelajuan hadir bersama half-cut Impreza Version V. Kotak gear itu tak diusik dan dikekalkan dalam keadaan standard. Melainkan klacnya dah diganti dengan klac Exedy Racing, satu naik taraf yang biasa orang buat kerana harga klac standard Subaru jauh lagi mahal daripada klac ni!

Oleh kerana kereta ini memang takkan dipandu dalam lumpur, jadi ada baiknya ia direndahkan daripada ditinggikan macam Land Rover. Naik taraf sistem gantungan yang terbaik untuk Forester adalah dengan menggunakan penyerap hentak asal Impreza STi yang juga didatangkan sekali dengan half-cut.

Penyerap hentak berwarna merah jambu itu memang cukup sedap untuk kegunaan harian. Pada masa yang sama lebih rendah daripada menggunakan penyerap hentak asal. Selain itu, lower arm aluminium juga sudah disalin daripada half-cut ke Forester ini bagi memantapkan lagi pengendalian kereta.

Brek Forester pun dipertingkat. Sekali lagi dengan menggunakan barang daripada half-cut Impreza. Brek cakera depan diganti dengan brek cakera dan caliper jenis 2 pot daripada Impreza Version V. Brek belakang bagaimanapun dikekalkan standard Forester.

Rim OEM Impreza STi Version 7 digunakan bagi menggantikan rim standard 16 inci Forester. Tayar yang menjadi pilihan ialah Bridgestone Potenza bersaiz 235/45/17 yang pastinya untuk kegunaan jalan raya dan bukannya untuk meredah hutan.

Perubahan kosmetik yang boleh dilihat pada Forester ini adalah penggunaan kit badan Forester SF9, iaitu model facelift Forester ini. Lips dan spot light depan adalah hasil rekaan custom yang dibuat di atas bumper asal Forester bagi memberikan sedikit kelainan.

Pada bahagian dalaman Forester ini, boleh dikatakan hampir langsung tak diusik, melainkan pada mereka yang perasan. Meter yang digunakan ialah meter asal Impreza Version V yang diubah suai untuk dipadankan pada papan pemuka asal Forester.

Agak pelik juga apabila tombol pendingin hawa jenis manual daripada Impreza Version V pun disalin sekali ke papan pemuka ini. Walhal Forester menggunakan sistem kawalan jenis digital. Sebuah meter RSM jenama A’PEXi dan meter boost Defi menjadi aksesori tambahan pada Forester ini.

Mungkin satu hari nanti saya nak pandu semula Forester model ini selepas dijual dua tahun lalu. Rindu seh dengan enjin boxer…

SPESIFIKASI

      • Model: Subaru Forester SF5
      • Ubah suai enjin: EJ20 2000cc turbo Impreza STi Version V, penapis udara A’PEXi, injap blow-off HKS SSQV, penyelaras bahan api SARD, hos Samco
      • ECU: Standard dengan A’PEXi S-AFC
      • Sistem ekzos: Custom 3”, peredam bunyi A’PEXi N1
      • Kotak gear: manual lima kelajuan Impreza STi, klac Exedy Racing
      • Sistem gantungan: Penyerap hentak dan pegas gegelung Impreza STi Version V, lower arm aluminium STi
      • Sistem brek: Brek cakera dan pengangkup 2 pot Impreza STi (depan), standard (belakang)
      • Rim / Tayar: Rim OEM Impreza STi Version VII / Bridgestone Potenza 235/45/17
      • Luaran: Ubah suai penuh Forester SF9, lips depan custom, spotlight custom
      • Dalaman: Standard Forester SF5, meter Impreza STi, A’PEXi RSM, meter boost Defi

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

RED SUNS FC3S: LAGENDA RAJA ROTARY

Next Post

KE30 Enjin Rotary? Ini Memang Keterlaluan!

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved