Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SUPER CLEAN

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
06/05/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Tak dinafikan kebanyakan Civic generasi EG dan EK yang dipaparkan, memiliki gaya yang tersendiri. Naik taraf luaran dan dalaman mungkin tak banyak mana. Tapi kebanyakan mereka menang mudah di bahagian modifikasi enjin. Bukan saja penuh kuasa, malah turut didatangkan dengan pakej kosmetik yang sangat mengeliurkan.

Ambil contoh Civic Ferio EG8 milik Anz ini. Luarannya masih menggunakan kit badan asal, sebelum diserikan dengan komponen tambahan yang bersesuaian. Antaranya hood dan fender J’s Racing, lip depan Mugen, lampu utama Denji, serta cermin sisi Craft Square. Juga terlibat set rim Racing Hart CP035, yang dibalut pada tayar Bridgestone Potenza RE71R bersaiz 205/50R-16.

Harap tayar jer bagus tapi karektor macam sampan pun tak boleh jugak. Maka keseluruhan sistem suspensi telah dinaik taraf menggunakan kit boleh laras dari ZerOne, termasuk padanan lengan bawah Function 7 di bahagian belakang. Ketegaran casis kemudian diperkukuhkan dengan bar traction K-Tuned, selain set bush dari Hardrace. Untuk kuasa hentian yang sepadan, komponen brek depan kini menggunakan kaliper Spoon Monoblock, sambil dipandu set rotor 300mm, hos braided, serta pad brek dari Dexcel.

Sebagai seorang yang cintakan prestasi, keupayaan enjin asal telah disisihkan dan diganti dengan enjin K20A dari Integra DC5R. Kerana yakin dengan kuasa yang ada, keseluruhan isi perutnya terus kekal tanpa diusik. Hampir kesemua naik taraf yang dilakukan tertumpu kepada komponen luaran, namun masih menyumbang kepada peningkatan prestasi yang diperlukan.

Anz turut memberi tumpuan kepada aspek kosmetik. Sebagai permulaan, keseluruhan ruang enjin ini perlu disediakan sebaik mungkin. Mana-mana komponen kurang perlu telah disisihkan, termasuk mengalih dan membina laluan baru untuk sebahagian yang lain.

Kedudukan enjin digantung pada cagak rekaan Hasport, yang memang direka khas untuk tujuan ini. Gumpalan wayar yang dulunya bersimpang siur, telah diringkaskan dengan set harness dari Mil-Spec. Senarai komponen lain diambil terus dari katalog K-Tuned seperti penutup koil, sensor TPS, kit pulley sisi, perumah radiator dan lain-lain.

Nak kasi lagi kemas, kereta ini dikuasakan dengan setup 4-throttle atau ITB dari OBX. Bagi membentuk campuran bahan bakar yang diperlukan, bekalan bahan api dibawa menerusi pam petrol DW200, dengan kadar tekanan dilaras regulator Aeromotive. Untuk seliaan lebih tepat, perjalanan enjin kemudian ditala sepenuhnya, menggunakan unit ECU Hondata K-Pro.

Jengahan ringkas ke bahagian dalam mendapati kebanyakan komponen asal telah disalin menggunakan set interior model 94. Membantu menaikkan lagi serinya adalah, sepasang tempat duduk Recaro Civic EP3, stereng Spoon, hub stereng Arospeed, meter utama S2000, paparan gear Ultra, serta tuas billet dan tombol gear K-Tuned. Tak nampak pun radio, tak dengor lagu ke? Kalau dah hiruk sepekan dengan bunyi VTEC, lagu Wani Hasrita pun jadi tak sedap…

SPESIFIKASI

      • Pemilik – Azihan Hassim (Anz)
      • Pengeluar – Honda
      • Model – Civic Ferio EG8
      • Tahun – 1992
      • Enjin asal – D16A
      • Modifikasi Enjin -K20A Integra DC5R, cagak enjin Hasport, harness Mil-Spec, penutup koil, sensor TPS, kit pulley sisi & perumah radiator K-Tuned, kit ITB OBX, pam petrol DW200, regulator Aeromotive, ECU Hondata K-Pro, penyambung hos FRP, bolt & nut titanium
      • Transmisi – Kotak gear Integra DC5R, set klac Exedy Racing, pam klac S2000, kabel klac K-Tuned
      • Ekzos – Ekstraktor Hytech, paip kustom 2.5 inci, muffler J’s Racing
      • Luaran – Hood & fender J’s Racing, lip depan Mugen, lampu utama Denji, cermin sisi Craft Square
      • Suspensi – Kit suspensi boleh laras ZerOne, lengan bawah Function 7, bar traction K-Tuned, set bush Hardrace
      • Brek – Kaliper Spoon Monoblock, rotor 300mm, hos braided, pad brek Dexcel
      • Rim & Tayar – Racing Hart CP035 16-inci & Bridgestone Potenza RE71R 205/50R-16
      • Dalaman – Set interior Civic EG8 94, tempat duduk Recaro Civic EP3, stereng Spoon, hub stereng Arospeed, meter utama S2000, paparan gear Ultra, tuas billet & tombol gear K-Tuned
      • Bengkel – G-Jan Garage, Jasz 147 Empire

Previous Post

HANA X4

Next Post

Kongsi, Undi dan Menang Hadiah-Hadiah Menarik

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved