Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Anggun Bergaya, Lebih Selamat dan Efisien

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
05/03/2020
in BULETIN, UTAMA


Sebelum diperkenalkan secara rasmi di Geneva Motor Show, Hyundai Motor telah menyebarkan perincian untuk model facelift i30 terbaharu keluarannya. Selain membawakan rekaan hadapan berwajah baru yang lebih menawan, Hyundai i30 ini telah dipertingkatkan ciri-ciri ketersambungannya serta didatangkan dengan pilihan enjin mild hybrid 48-voltan untuk meningkatkan kecekapan bahan api.

Hyundai turut mengemaskini barisan i30 N Line yang tampil lebih sporty. Selain hatchback dan fastback, buat pertama kalinya ia turut didatangkan dengan pilihan wagon inspirasi daripada i30 N yang akan berada di pasaran bermula musim panas 2020 ini. Tampil lebih menarik dan bergaya, Hyundai Motor mempertingkatkan tahap keselamatan dan menawarkan beberapa ciri moden dalam kereta segmen-C ini. Model i30 terbaharu ini juga mempunyai penampilan universal yang memberikan pelbagai keperluan mengikut kehendak pengguna dan ditawarkan pada harga berpatutan.

Rekaan Eksterior Moden
Bahagian eksterior yang direka dengan lebih anggun dan berani, memberikan penampilan yang lebih rapat dengan pengguna. Gril yang lebih lebar dengan paten 3D dipasangkan untuk menyerlahkan bahagian hadapan dan digandingkan bersama lampu utama lebih nipis dengan pilihan reflektor berteknologi (MFR) LED. Lampu nyalaan siang berbentuk-V melengkapi rekaan bahagian hadapan ini dengan penampilan lebih moden.

Peningkatan Prestasi Aerodinamik
Di bahagian belakang hatchback 5-pintu i30 ini turut dipasangkan dengan bampar baharu yang bertujuan untuk menambahkan serta meningkatkan lagi prestasi aerodinamiknya. Kombinasi lampu belakang LED berbentuk-V untuk kesan simetrikal yang disesuaikan dengan bahagian hadapan dan belakang. Ia juga turut dilengkapi dengan roda aloi potongan berlian baharu 16-inci atau 17-inci sebagai pilihan.

Kemasan N Line
Kemasan N Line yang dinamik ini telah dikemaskini secara komprehensif untuk hatchback dan fastback. Kini, ia juga turut melengkapi wagon terbaharu buat pertama kalinya dan bermakna, kesemua jenis kereta i30 yang dipertontonkan ini mempunyai versi kemasan N Line.

Barisan terbaharu i30 yang menampilkan rekaan semula lebih segar ini turut kelihatan lebih sporty. Di bahagian hadapannya, i30 ini didatangkan dengan gril tengah yang lebih besar dan juga lampu utama baharu. Diinspirasikan dari rekaan jet aeronautik, gril tengah di bawah bersaiz lebih besar dan mendominasi bahagian bampar untuk prestasi yang lebih kukuh. Bahagiaan bukaan sisinya menampilkan wings terapung yang menambahbaik aerodinamik.

Rekaan terbaharu bampar belakang menyerlahkan karakter dinamik kemasan N Line. Diffuser yang lebar serta kedudukan lampu kabus yang diposisikan semula untuk memfokuskan pusat graviti lebih dekat dengan permukaan bawah. Ia turut didatangkan dengan tayar baharu 17-inci atau 18-inci yang menambahkan lagi keterujaan. Sebagai tambahan, hatchback dan fastback turut menampilkan penalaan yang telah dikemaskini untuk suspensi dan stereng dengan kombinasi enjin 1.5 T-GDi 160 PS dan 1.6 Diesel 136 PS untuk pemanduan lebih dinamik.

Tambahan 3 Warna Pilihan
Hyundai i30 boleh didapati dalam 3 warna : Dark Night, Silky Bronze dan Sunset Red. Sebagai tambahan, 6 warna pilihan yang sedia ada turut dikekalkan ; Polar White, Phantom Black, Engine Red, Stellar Blue, Platinum Silver, and Olivine Grey.

Ciri-Ciri Ketersambungan
Dilengkapi dengan pemproses digital 7-inci dan navigasi skrin sesentuh 10.25-inci membolehkan pemandu menikmati pemanduan yang lebih moden. Ia juga dilengkapi dengan Android Auto dan Apple Car Play. Bermula musim panas ini, panggilan tanpa wayar cerminan juga akan diperkenalkan di mana pemandu tidak memerlukan sebarang kabel untuk disambungkan dengan telefon. Begitu juga dengan tawaran terbaharu i30, pengecasan telefon tanpa wayar.

Bluelink – Connected Car Services
Didatangkan dengan teknologi terbaharu Bluelink yang menawarkan Connected Car Services untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan menerima informasi terkini dan mengawal kereta menerusi aplikasi. Pelanggan yang memilih navigasi ini menerima langganan percuma Bluelink dan Hyundai LIVE Services selama 5 tahun.

Keselamatan Yang Meyakinkan
Nilai i30 ditingkatkan lagi dengan pakej keselamatan Hyundai SmartSense yang telah dikemaskini; lebih selamat dan mudah berbanding sebelum ini. Lane Following Assist (LFA) melaraskan stereng secara automatik untuk memastikan kereta sentiasa berada di tengah-tengah lorong. Sistem Rear Collision-avoidance Assist (RCA) system pula mengaktifkan brek untuk mengelak pelanggaran apabila kereta mengundur. Terkini, sistem Leading Vehicle Departure Alert (LVDA) yang memberi amaran kepada pemandu yang leka dan tidak sedar apabila kenderaan di hadapan mula bergerak – khususnya di lampu trafik.

Sistem Blind Spot Detection (BSD) juga telah dikemaskini. BSD memberi amaran kepada pemandu sekiranya ada kereta lain di kawasan titik buta (blind spot). Kini, ia didatangkan dengan Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA), yang mengaktifkan brek enjin untuk mengelak dari pelanggaran. Front Collision-Avoidance Assistance (FCA) turut dikemaskini untuk mengenal pasti basikal di atas jalan.

Sebagaimana versi i30 terdahulu, model i30 terbaharu ini turut didatangkan dengan FCA dengan pengesanan pejalan kaki termasuk Driver Attention Warning (DAW), High Beam Assist (HBA), Intelligent Speed Limit Warning (ISLW), and Lane Keeping Assist (LKA).

Kemajuan dan Prestasi : Barisan Penjana Kuasa Terbaharu i30
Menerusi Hyundai i30 terbaharu, barisan penjana kuasanya dipertingkatkan dan menawarkan lebih variasi pilihan. Hyundai memperkenalkan enjin petrol 1.5 liter baharu dengan dwi port suntikan serta 110 PS, yang didatangkan dengan transmisi manual enam-kelajuan. Selain itu, enjin 1.0 liter T-GDI petrol dipadankan bersama 120 PS dan transmisi tujuh-kelajuan, penambahan kepada transmisi enam-kelajuan sebelum ini. Ia uga didatankan dengan pilihan teknologi mild hybrid 48-voltan untuk penggunaan bahan api yang lebih baik. Buat pertama kalinya, ia dipadankan dengan Intelligent Manual Transmission (iMT) enam-kelajuan.
Selepas pemandu melepaskan pendikit, iMT diasingkan dari transmisi yang membolehkan kereta memasuki dua tahap peluncuran. Ini bergantung pada keadaan. Pada tahap pertama, enjin dalam keadaan melahu. Tahap kedua pula, enjin dimatikan buat sementara untuk menjimatkan bahan api. Kepada pemandu yang memilih automatik, pilihan hybrid mild 48-voltan juga ditawarkan dengan tujuh-kelajuan.
Bagi enjin diesel 1.6-liter dengan 115 PS, didatangkan bersama pilihan transmisi manual enam-kelajuan atau transmisi dwi klac tujuh-kelajuan. Manakala untuk enjin diesel 1.6 liter dengan 136 OS didatangkan dengan sistem hybrid mild 48-voltan bersama pilihan sama ada iMT 6-kelajuan atau DCT tujuh-kelajuan.

Previous Post

NO PISTONS

Next Post

Shell Malaysia Raikan Inovasi Di Kalangan Para Pelajar

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved