Program antarabangsa yang dianjurkan Shell, Make The Future Live kini kembali ke Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut. Sempena penganjuran program ini, satu lagi program diadakan iaitu Shell Eco-Marathon Asia. Dijadualkan berlangsung pada Jun ini di Litar Antarabangsa Sepang, ia merupakan platform yang mencabar kemampuan para pelajar dalam mencipta dan membina kereta jimat tenaga.
Pada tahun ini, Shell Malaysia bekerjasama dengan Malaysia Automotive Robotics dan IoT Institute (MARii) untuk meningkatkan hasil ciptaan pasukan tempatan yang mengambil bahagian. Setiap pasukan bertemu dengan empat pengeluar kelengkapan original (OEM) dalam sesi ini sekali gus mendorong kerjasama di antara para pengamal industri di Malaysia dan pasukan-pasukan ini untuk menambahbaik prestasi kereta rekaan masing-masing.
Antara yang turut hadir pada sesi ini ialah Pengurus Besar Kanan, Sektor Pembangunan Teknologi (MARii) En. Bakri Bin Alias bersama 4 pengamal industri iaitu Suria Component Manufacturing (M) Sdn. Bhd, Sapura Engineering Sdn Bhd, Kasai Teck See Malaysia Sdn Bhd. dan Jasa Sarjana Sdn Bhd.
Manakala pasukan yang menyertai sesi ini ialah Team Genesis UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman), UniMAP Auto Racing Team (Universiti Malaysia Perlis), Team MMU Grune Welt (Multimedia University), Heriot-Watt Racing Team (Heriot-Watt University Malaysia) dan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia