Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

AUTO STRADA

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
10/03/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Walaupun sudah berusia 25 tahun, model Corolla generasi ke-7 ini masih mendapat tempat dan memiliki peminatnya yang tersendiri. Selain faktor jenama, ketahanan dan harga, ia juga mempunyai saiz yang agak sesuai untuk dimajukan sebagai sedan keluarga berprestasi.

Shahrul antara yang masih percaya dengan kebolehan model ini. Memikirkan perubahan prestasi yang keterlaluan boleh meranapkan fungsi yang diimpikan, ia dibuat pada kadar lebih santai, sesuai dengan tugasnya sebagai sedan keluarga. Cuping telinga pun tak pedih!

Nak salin kit badan Jepon dah selalu sangat. Belek punya belek, boleh pulak terjumpa set USDM yang agak menarik. Kalau ada yang perasan, perbezaan paling jelas terletak pada bumper depan, yang hanya memiliki satu ruang udara di bahagian tengah.

Nak kata Shahrul bikin konsep USDM sangat pun tak jugak. Sekadar cuit sikit-sikit mengikut apa yang dia minat. Selain unit lampu dan reflektor belakang, bahagian bumbung turut diserikan dengan rak beskal dari Thule.

Kemantapan sektor pengendalian juga tidak dipandang ringan. Hasil penggunaan set suspensi boleh laras dari GAB, ia telah direndahkan pada kadar yang lebih sesuai. Bagi mengikut tema yang dibawa, keseluruhan ruang roda kini dihiasi rim lubang-lubang jenis Auto Strada berukuran 15-inci, berserta tayar Bridgestone Potenza RE003 dari saiz 195/55R-15. Cuma tak cukup lebar jer. Kalau labuh mengangkang, mesti lagi mari…

Dibekalkan dengan enjin jenis 4A-FE, ia kemudian digantikan dengan enjin 4A-GE 20V Blacktop yang diakui mendahului zaman. Selain dilengkapi sistem pendikit 4-throttle, 20 injap dan sistem pemasaan VVT, ia turut mengandungi beberapa perubahan lain yang agak menarik. Antaranya, peningkatan nisbah mampatan kepada 11:1, pendikit throttle sebesar 47mm, penggunaan sensor jenis MAP, manifold ekzos dan camshaft rekaan baru, plenum lebih besar, termasuk conrod dan flywheel lebih ringan. Hasilnya, ia mampu mengerah sehingga 165hp dalam keadaan standard.

Bagi memudakan kembali kuasanya, sedikit sentuhan prestasi turut dilakukan Shahrul ke atas enjin ini. Bermula dengan penempatan piston 82mm, camshaft Tomei, serta spring injap Toda. Tekanan bahan api pulak, dikawal unit regulator Tomei. Sementara kuasa letusan, diuruskan oleh set kabel pencucuh NGK Power, termasuk penggunaan unit GReddy e-Manage untuk talaan kuasa lebih responsif.

Jangkaan ia datang dengan kotak gear manual 6-kelajuan ternyata meleset, apabila kotak gear automatik yang Shahrul pilih. Cukuplah, nama pun kereta famili. Akhir sekali binaan semula sistem ekzosnya, bermula dengan ekstraktor Jasma 4-1, paip tengah kustom, serta muffler Apexi kustom pada ruang belakang.

Kekemasan ruang dalaman agak ringkas, hasil salinan komponen dari Corolla AE101 GT. Selain stereng Nardi sebagai tambahan, Shahrul turut memasang Speed Meter V dari Pivot untuk menghilangkan nebes ketika melekat di satulapan. Baru senang sket nak motong…

Hala tuju Corolla moden rasanya tak macam dulu-dulu. Bukan saja premium dan mewah, struktur percukaian yang tidak membantu turut menyebabkan harganya mahal mencanak. Mujur ada model global macam Vois. Boleh jugak diterbangkan bila perlu…

SPESIFIKASI

    • Pemilik – Shahrul Anuar
    • Pengeluar – Toyota
    • Model – Corolla SEG AE101
    • Tahun – 1992
    • Enjin asal – 4A-FE
    • Modifikasi Enjin – 4A-GE 20V Blacktop, piston 82mm, camshaft Tomei, spring injap Toda, regulator Tomei, kabel pencucuh NGK Power, GReddy e-Manage
    • Transmisi – Automatik
    • Ekzos – Ekstraktor Jasma 4-1, paip tengah kustom, muffler Apexi kustom
    • Luaran – Kit badan Corolla AE101 USDM, rak bumbung Thule
    • Suspensi – GAB
    • Brek – Corolla AE101 GT
    • Rim & Tayar – Auto Strada 15-inci & Bridgestone Potenza RE003 195/55R-15
    • Dalaman – Komponen Corolla AE101 GT, stereng Nardi, Pivot Speed Meter V
    • Bengkel – –

Previous Post

ACU-CUBA-TERAI-TEST (MIVEC+TURBO+ITB)

Next Post

Jenama Berkualiti Tinggi Yang Kian Berkembang Pesat

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved