Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

ACU-CUBA-TERAI-TEST (MIVEC+TURBO+ITB)

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
09/03/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Kita mungkin nampak sesuatu benda itu tak berguna atau mustahil untuk direalisasikan. Tapi bagi geng haluan kiri dalam masyarakat modifikasi, mereka suka bereksperimentasi dan berani mencabar diri untuk melahirkan sesuatu yang lain dari norma kebanyakan. Kalau jadi bonus. Kalau tak jadi, lain tahun bikin lagi.

Reaksi ‘acu-cuba-terai-test’ ini biasanya datang secara spontan, ilham, pengalaman atau inspirasi. Risiko yang perlu ditanggung mungkin besar, lebih-lebih lagi jika melibatkan pelaburan yang tinggi. Kerana itu, tidak ramai yang berani mencuba dan lebih selesa mengikut apa yang pernah dilakukan oleh kelompok massa.

Ini kereta Saiful Azli, seorang hang kebun yang sangat berjaya di Pantai Timur. Ikutkan dia boleh jer beli kereta baru yang memang sedia power. Tapi kerana minat, beliau cuba melahirkan sesuatu yang jarang kita lihat di mana-mana. Rasanya cuma satu dalam seribu, mungkin juga juta. Kesungguhan beliau melangkau batas teknologi ini, merupakan sesuatu yang menarik untuk kita kongsi dan teliti.

Belah luar takyah citer pun takpe. Standard surau je pun, sampai gua sendiri teragak-agak nak angkatnya sebagai paparan utama. Tak boleh jual mandi toq…! Yang ada cuma penambahan beberapa komponen macam lip depan C99, grill Wira UK Spec, skirt sisi dan cermin belakang Lancer GSR, sunroof EVO, serta hood lipat EVO. Satu-satunya benda yang boleh menggerunkan pihak lawan adalah, jojolan intercooler dengan paip tanduk pada ruang bumpernya. Bukan jenis lepek yer!

Penggunaan rim femes Volk Racing TE37 bersama tayar Yokohama S-Drive, turut membantu mengubah penampilannya. Untuk lebih yakin, sektor pengendalian telah dimantapkan semula dengan set suspensi boleh laras dari HWL. Itu pun mengulor. Sementara kuasa hentian pulak datang dari set brek EVO, lengkap untuk depan dan belakang.

Walaupun sering dibawa ke kebun, ruang dalaman sentiasa diurus kemas dan teratur. Memang bersilatlah kalau masuk ngan boot kotor. Salinan komponen EVO III untuk dashboard dan tempat duduk dah jadi perkara wajib. Diikuti penggunaan stereng dari Nardi, 4 ketul meter tambahan Defi, pemasa enjin Pivot, serta paparan panel RalliArt pada meter utama.

Dah kalau luar standard, dalam biasa-biasa, di mana letaknya kekuatan kereta hang kebun nih? Kata Nujum Beringin Rendang, mana lagi kalau bukan di bahagian enjin. Asasnya menggunakan enjin 4G92 dengan sistem injap MIVEC. Tapi kerana ingin menduga akal, ia telah diangkat ke peringkat lebih tinggi, menerusi siri tingkat taraf yang sesuai.

Dalam situasi biasa, pengguna enjin ini akan menukar blok asal kepada blok 4G93 untuk menghasilkan enjin MIVEC bersesaran 1.8-liter. Tapi Saiful tak ke arah itu. Dia bukan hanya mengekalkan kedudukan blok asal, tapi turut menguatkan semula bahagian dalamannya. Antara komponen berprestasi yang digunakan termasuklah piston mampatan rendah Wiseco 82mm, conrod Duratec, serta galas enjin King Bearing. Bahagian kepala silinder yang sudah sedia pintar dikekalkan, kecuali proses port & polish untuk mengoptimumkan proses pembakaran.

Peningkatan seterusnya terarah kepada sistem pendesak. Bersimpuh di bawah manifold Tonnka itu adalah turbo Garrett GT30, bersama sebuah wastegate Turbosmart Ultragate 38. Proses sejukan dibantu sebuah intercooler AVS dengan paip sambungan kustom. Manakala boost yang tidak diperlukan akan dilepas keluar menerusi injap pelepas HKS Racing, mengikut input pada pengawal boost Turbosmart Dual Stage.

Berbanding penggunaan sebuah throttle body yang besar, Saiful cuba mencari kelainan dengan memasang kit ITB (4-throttle) dari enjin Toyata 4A-GE. Penggunaan komponen ini memerlukan bahagian manifold kemasukan dibina semula secara kustom. Memandangkan saiz runner ITB yang pendek, setiap silinder mampu menerima boost pada kadar lebih cepat, sekaligus memberi respon throttle lebih pantas dan mengurangkan masalah lag.

Proses penyampaian bahan api pulak dimulakan dengan dua buah pam petrol Walbro. Ia dihubungkan kepada sebuah tangki surge pada boot belakang, sebelum dibawa ke rel bahan api kustom. Selepas ditembak masuk oleh set injektor FIC berkapasiti 750cc, sebuah pelaras bahan api Sard berperanan mengawal tekanan dan balikan petrol berkenaan.

Dari sini, campuran yang terbentuk akan dinyalakan oleh koil MSD Ignition. Turut sama membantu, modul nyalaan MSD DIS-4 Plus yang akan memastikan kuasa cucuhan boleh berlaku dengan sempurna. Bagi mengawal setiap parameter enjin pada kadar yang optimum, ia kini ditala sepenuhnya menggunakan unit EMS Microtech LT10C. Siap letak kipas tu…

Orang tak buat, dia buat. Lepas kontang berhabis membina enjin ini, berapa banyak kuda-kuda yang berjaya Saiful tambat? Katanya sekitar 466hp @ 2.0-bar! Jahat sangat dah tuh, lagi-lagi untuk sesaran sekecik ini. Pun begitu, ia tidak dibuat untuk tujuan perlumbaan, sebaliknya hanya menguji dan bereksperimentasi…

SPESIFIKASI

    • Pemilik – Saiful Azli Muhammed
    • Pengeluar – Proton
    • Model – Wira
    • Tahun – 1998
    • Enjin asal – 4G13P
    • Modifikasi Enjin – 4G92 MIVEC, piston Wiseco 82mm, conrod Duratec, galas enjin Bearing, port & polish kepala silinder, manifold turbo Tonnka, Garrett GT30, wastegate Turbosmart Ultragate 38, intercooler AVS & paip sambungan kustom, injap pelepas HKS Racing, pengawal boost Turbosmart Dual Stage, penapis udara Blitz SUS, kit ITB (4-throttle) Toyata 4A-GE, manifold kemasukan kustom, 2 pam petrol Walbro, tangki surge kustom, rel bahan api kustom, injektor FIC 750cc, pelaras bahan api Sard, koil MSD Ignition, modul nyalaan MSD DIS-4 Plus, Microtech LT10C, radiator aloi, tangki perangkap minyak kustom
    • Transmisi – Kotak gear EVO I, set klac plet berkembar OS Giken
    • Ekzos – Paip kustom 3.0-3.5-inci, muffler Apexi
    • Luaran – Lip depan C99, grill Wira UK Spec, skirt sisi & cermin belakang Lancer GSR, sunroof EVO, hood lipat EVO
    • Suspensi – HWL
    • Brek – EVO
    • Rim & Tayar – Volk Racing TE37 17-inci & Yokohama S-Drive 215/45R-17
    • Dalaman – Dashboard & tempat duduk EVO III, stereng Nardi, meter Defi, pemasa enjin Pivot, panel meter RalliArt
    • Bengkel – Rev Racing, Johor

Previous Post

DUAPULUHTUJUH

Next Post

AUTO STRADA

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved