Pengeluar kereta di China banyak menghasilkan beberapa rekaan kereta yang tidak kurang hebatnya. Salah satunya, WEY Yuanmeng menerusi beberapa model keluarannya. Di saat pengeluar lain berlumba-lumba menghasilkan kereta dengan rekaan futuristik dan agak radikal, WEY mengikut arah yang berlawanan apabila menggunakan kereta-kereta klasik tahun 1950an sebagai inspirasi serta menghidupkannya di era moden.
Mungkin juga kerana, Yuanmeng berasaskan sekitar kereta ORA Punk Cat, satu lagi model rekaan retro dari Great Wall Motors. Apa yang dapat dilihat di sini buat pertama kalinya sebelum penampilan sulungnya yang sepatutnya diadakan di Chengdu Auto Show, model keluaran Yuanmeng ini mempunyai lima pintu seperti Punk Cat tetapi pantas dapat menarik perhatian sesiapa yang memandangnya kerana penampilan di bahagian hadapannya yang benar-benar memukau!
Rekaan ini telah didominasi oleh grill lebar dengan krom dengan kedudukan melintang. Aksen krom ini diteruskan sehingga ke bahagian bawah dan juga sekitar headlight. Jika dilihat dengan lebih dekat, anda dapat melihat kemas krom ini pada hud, suku panel hadapan dan cermin tepi. Ternyata WEY mempunyai pemikiran yang dan menganggap krom tidak akan sesekali ‘ketinggalan zaman’.
Penampilan yang menarik ini diteruskan lagi di bahagian sisi dengan arch roda belakang dan di bahagian hadapan. Bukan itu sahaja, rim turut dberikan aksen krom dan pemegang pintu. Ia diteruskan lagi di bahagian belakang termasuk bampar krom.
Gambar-gambar yang telah dikongsi menerusi atas talian Car News China, menunjukkan bahagian interior terdapat tiga saluran udara juga krom di tengah-tengah dashboard. Selain itu, ia dilengkapi dengan kluster instrumen digital, skrin infotainment di bahagian tengah dan pemapar tambahan untuk penumpang di tempat duduk hadapan. Anda juga dapat perhatikan, konsol tengah yang ‘terapung’ dan beberapa bahagian yang dikenakan sarung kulit.
Menurut laporan Carscoops, WEY Yuanmeng akan menjual model ini dalam varian trenkuasa hybrid pulg in secara eksklusif yang dilengkapi dengan enjin 1.5-liter turbocharged serta dipadankan dengan motor elektrik yang menghasilkan 238 hp dan tork 383 lb-ft (520 Nm). Trenkuasa ini dipadankan dengan transmisi dwi-klac 9-kelajuan. Selain itu, ia juga dikatakan mampu bergerak sejauh 195km berbekalkan hanya kuasa elektrik!
Sumber : Carscoops