Jika kita berbalik pada zaman-zaman 90an dahulu, kegilaan orang bermain kereta masih boleh dikatakan dalam keadaan yang biasa dan tidak terlalu taksub dengan pelbagai jenama barangan yang ada pada masa itu. Mungkin juga kerana dulu takde lambakan barang ‘aftermarket’ seperti sekarang. Kebanyakkan mereka dahulu hanya memikirkan kelajuan bukan pada jenama ataupun kekemasan pada jentera masing-masing.
Untuk zaman millennium sekarang, terlalu banyak jenama peralatan berprestasi untuk pelbagai model yang ada dalam dunia. Tidak kisahlah sama ada ianya model popular ataupun tidak. Bayangkan sahaja, jika hari ini seorang budak muda beli sebuah A45 AMG, esoknya dah pegi Sunway jumpa mekanik untuk upgrade stage. Betapa mudah dan gilanya dorang semua main kereta.
Ok, berbalik pada cerita asal. Honda Civic EK4 ini sesiapa sahaja tengok pasti akan menarik minat. Bukan sebab apa-apa pun, tapi sebab dia EK. Memang cantik. Biasalah, anak-anak muda zaman sekarang ni semua sanggup berhempas pulas semata-mata untuk main kereta. Tak kahwin pun takpe janji kereta power!
Badan Ek4 ini dah disumbatkan dengan nadi K20A yang semua sedia maklum mampu melahirkan kuasa hebat kalau atas jalan raya. Type R bohhhh! Bukan macam enjin Honda yang lain tu. Mengerang je bila kau tarik. Belum lagi gearbox dia bergegar macam nak runtuh. Kahkahkah…
Enjin K20A pada badan EK ni tampak sangat ringkas dan bersih. Tengok keseluruhan enjin pun kita dah tahu macam mana kreatifnya mekanik dia nak upgrade dan kemaskan sampai macam ni punya rupa. Bersih! Antara peralatan berprestasi yang menarik perhatian adalah intake Skunk2 Ultra, throttle body S90 berukuran 72mm dan ‘fuel rail’ KTuned. Jangan tanya mana wiring dia. Cuma pomen je yang tau apa dia dah buat.
Sistem penghantaran kuasa pada roda pula dipertanggungjawabkan pada kotak gear DC5 Type R yang telah dipadankan bersama klac berprestasi Ogura. Semestinya owner kereta ni seorang penjual ais krim. Segala kuasa yang dihasilkan oleh nadi baru ini ditala melalui penggunaan unit elektronik atau dalam bahasa mekaniknya ECU Link G4+.
Sistem suspensi boleh laras dari Tein Type Flex akan memastikan kedudukan jentera ini boleh dilaras mengikut kesesuaian serta mampu memberi kawalan lebih baik semasa sesi pemanduan ditambah pula dengan penggunaan ‘traction bar’ KTuned serta ‘lower arm’ dari Function 7.
Jika kereta dah laju, brek standard amatlah diabaikan. Oleh yang demikian, pemiliknya telah memilih sistem brek dari AP Racing. Hensem mat… ada tak untuk EX5?
Ruang dalaman tidak diabaikan. Sememangnya bagi pemilik Honda, ini yang turut diambil berat. Tempat duduk Recaro berwarna biru menarik lagi perhatian. Ditambah pula dengan cluster meter digital S2000 pada papan pemuka, padanan stereng dan tombol gear titanium Spoon yang diikat kemas pada ‘billet shifter’ Ktuned.
Penampilan luaran tampak hebat dengan penggunaan beberapa aksesori gentian karbon dari Spoon antaranya hood hadapan, cermin sisi dan juga spoiler. Cukup dah. Tak perlu melebih-lebih pun dan kacak! Akhir sekali, rim pujaan ramai iaitu Volk Racing CE28 berukuran 16 inci dan dibaluti tayar Yokohama Advan Neova keseluruhannya.
Harap-harap lepas ni G-Jan Garage sudilah kiranya restorekan EX5 abang, sama macam dia buat EK ni… Pleaseeeeee…
SPESIFIKASI
- Pemilik – Mohd Aliff
- Pengeluar – Honda
- Model – Civic EK4 Hatchback
- Tahun –
- Enjin Asal –
- Modifikasi Enjin – K20A Type R, Skunk2 Ultra Intake,72mm S90 T/Body, Ktuned Fuel Rail,
- Transmisi – DC5 TYPE R, Ogura Clutch Racing
- Elektronik – Link G4+
- Luaran – Spoon Hood, Spoon spoiler, Spoon side mirror
- Suspensi – Adjustable Tein Type FLEX, Ktuned Traction bar, Function 7 rear lower arm..
- Brek – AP Racing 300MM 2PIECE
- Rim & Tayar – RIM VOLK Racing CE28N 16Inch, Yokohama Advan Neova
- Dalaman – Meter cluster S2000, Defi, Spoon steering, Spoon Titanium gear Knob, Ktuned Billet shifter
- Bengkel – G-jan Garage