Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

WAJAH KESAYANGAN ANBA

Saiful by Saiful
21/12/2018
in MODIFIKASI, UTAMA

Selepas berjaya mengambil alih Lotus pada tahun 1996, Proton telah menggunakan kepakaran mereka untuk mewujudkan sebuah model yang lebih sukan. Nak bikin baru dah tentu makan masa. Jadi ia telah dibangunkan dari platform sedia ada, untuk menghasilkan sebuah hatchback serba lincah bernama Satria GTi.

Model ini segera mendapat perhatian peminatnya termasuk di luar negara. Menerusi perkongsian teknologi antara Proton, Lotus dan Mitsubishi, ia kekal sebagai antara produk terbaik yang pernah mereka hasilkan. Tak payah buat apa dah. Luar encem, aksesori premium, talaan pengendalian pun jitu, selain dibekalkan dengan enjin DOHC 1.8-liter yang agak berpotensi. Sayangnya, kekurangan dari segi teknologi menyebabkan ia jauh ketinggalan berbanding model masa kini. Jangan kata ESC bagai, bantal airbag tu pun ada sebijik jer.

Walaupun kebanyakan pemilik sudah berpuas hati, namun tidak untuk golongan kaki berat seperti Anba. Nak tukar pakai 4G93T macam tak banyak beza. Dah alang-alang nak bikin, Anba sumbat terus enjin 4G63T dari EVO III. Mujur zaman tu tak banyak kerenah. Jadi ia boleh didaftarkan tanpa perlu penat bersoal jawab. Seperti biasa, beberapa perubahan penting telah dilakukan untuk menghasilkan sebuah enjin yang lebih bertenaga.

Bahagian dalam enjin yang belum berpenyakit tidak Anba usik. Buat masa ini, ia hanya menerima sepasang camshaft HKS 272° serta cam pulley Works Engineering di bahagian kepala silinder. Sistem pendesak juga masih menggunakan turbo TD05H yang asal. Ia disangkut pada manifold turbo kustom, yang turut memegang wastegate dari Turbosmart. Proses sejukan kemudian dibantu intercooler dan paip sambungan kustom. Manakala tekanan boost yang berlebihan akan dilepas keluar menerusi injap pelepas Sheep Dog.

Bagi membentuk campuran yang sempurna, bekalan bahan api dihantar oleh pam petrol Walbro. Ia kemudian dilaras menggunakan unit regulator dari Tomei. Aspek cucuhan pulak dibantu kabel pencucuh Ultra. Manakala proses pemetaan enjin, kini menggunakan unit ECU EVO VII yang boleh ditala semula.

Bahagian luar terus kekal dengan rupa yang asal. Memang ini yang paling cun, takkan nak tukar pulak. Nak kasi lebih menyerlah, beberapa bahagian penting telah digantikan dengan komponen jenis karbon fiber macam hood, fender, cermin sisi, termasuk lip depan dari R3.

Tagline ‘Handling by Lotus’ nampaknya tidak lagi memberi apa-apa makna. Ini selepas ia dilaras pada kedudukan yang agak rendah, hasil penggunaan set suspensi boleh laras dari HKS. Merasakan kuasanya yang semakin liar, bahagian brek menerima komponen milik EVO III untuk depan dan belakang. Bagi mendapatkan rupa lebih kembang, ruang roda diisi dengan rim Enkei RPF1 bersaiz 16-inci, yang kemudiannya dipadankan bersama tayar Toyo Proxes T1R berukuran 205/50R-16 setiap satu.

Sudut dalaman diperkemaskan semula menerusi penggunaan papan pemuka EVO III. Stereng yang dulunya kembung dengan beg udara, kini digantikan dengan stereng OMP lengkap bersama quick release NRG. Tempat duduk masih Recaro, cuma diambil dari model EVO IV. Sementara aspek pemantauan pulak datang dari 3 meter Defi yang sengaja disengetkan pada sisi papan pemuka. Lagi jelas katanya.

Ketika model Proton lain makin merudum, Satria GTi masih bernasib baik dan mampu dijual pada paras harga yang tinggi. Standard kicap pun dah RM20K. Kalau dah siap jajan cenggini, lagi melantun ler peginya…

 

Previous Post

V GARAGE UTE

Next Post

OMP RALLIART TOMMI MAKINEN EDITION, BENARKAH HARGANYA BOLEH MENCECAH RM10K?

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved