Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menyumbangkan sebanyak RM20,000 kepada Malaysian Relief Agency (MRA) untuk membantu mangsa-mangsa dengan pemulihan pasca banjir. Penerima-penerima bantuan ini terdiri daripada 850 mangsa dari 170 keluarga di Teluk Gong, Klang.
Sumbangan VPCM ini disalurkan untuk memberikan bantuan bungkusan makanan dan peralatan elektrik seperti periuk nasi, cerek dan juga pengisar. Sekumpulan pekerja VPCM telah sukarela turun padang disertai MRA pada hujung minggu lalu untuk menghulurkan bantuan.
Bagi makluman, MRA merupakan organisasi kemanusian yang menumpukan terhadap memberi bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana dan juga konflik bersenjata. Menurut Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM berkongsi perasaannya dan sangat lega kerana dapat membantu meringkan beban mangsa-mangsa banjir.
VPCM juga yakin bahawa, ia menjadi tanggungjawab sosial untuk membantu mereka yang memerlukan seiring dengan semangat #WeNotMe. Bantuan ini dihadapkan dapat membantu mangsa-mangsa untuk membina semula kehidupan mereka.
Manakala saudara Khairil Annuar Khalid, Timbalan Presiden MRA berkata, sumbangan MRA adalah berdasarkan beberapa fasa. MRA akan terus menghulurkan bantuan untuk fasa awal pemulihan. Mereka juga turut berbesar hati untuk menerima bantuan dari orang awam dan juga badan-badan korporat lain seperti VPCM yang telah menyumbang sebanyak RM20,000.
Jika berminat untuk menghulurkan bantuan, anda boleh menderma kepada Tabung Bantuan Kecemasan Mengharungi Monsun MRA (CIMB Bank – Malaysian Relief Agency – Account no. 86000 59478).
Bagi membantu pemilik Volkswagen yang terkesan akibat banjir, VPCM menawarkan diskaun sebanyak 30% untuk alat-alat ganti dan upah buruh sehingga 28 Februari 2022. Selain itu, VPCM juga mengambil bahagian dalam inisiatif yang diperkenalkan kerajaan iaitu Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia di mana pemilik boleh menuntut sehingga RM1,000 untuk ganti atau baik pulih.
Hubungi pusat servis berhampiran anda untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.