Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan melancarkan Arteon R-Line 4MOTION baharu dan ianya dijadualkan bakal berlangsung pada 16 Julai ini. Pelancaran ini akan disiarkan menerusi platform Facebook atau di Youtube dan orang ramai dijemput menyaksikan bersama-sama bagi memeriahkan lagi pelancaran ini.
Dipasang di Pekan, Arteon terbaharu ini menyaksikan beberapa kemaskini berbanding model yang terdahulu dengan enjin baharu dan AWD 4MOTION. Selain itu, bahagian interior dan eksterior juga menyaksikan perubahan. Manakala sudut prestasi pula, ia dilengkapi dengan enjin turbocharged TSI 2.0 liter yang menghasilkan 280PS dan tork 350Nm.
Bagi makluman, Arteon terbaharu ini juga merupakan model pertama tempatan yang didatangkan dengan lencara R dan Volkswagen yang baharu. Jangan lupa temu janji anda untuk menyaksikan pelancaran Arteon terbaharu ini.