Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

VERSATILITI TOYOTA HILUX

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
06/06/2016
in MODIFIKASI, UTAMA

Kalau dibandingkan dengan teknologi, inilah trak pikap paling kuno dalam pasaran. Model dah keluar sejak tahun 2003 lagi. Baru tahun ini datang dengan model serba baharu.

Sebelum itu, Toyota Hilux hidup dengan model-model facelift sahaja. Kalau hendak dibandingkan dengan trak pikap lain saingannya seperti Mitsubishi Triton (daripada Storm L200 kepada Triton) Nissan Navara (daripada Frontier kepada Navara), D-Max (sudah 2 generasi) Ranger (dari Ranger sohai kepada T6) lihat berapa banyak perkembangan yang dimajukan.

Namun Toyota masih kekal dengan pembaharuan kecil sahaja (untuk model lama). Ajaibnya, inilah trak paling laku di Malaysia dan seluruh dunia amnya.

Ia digunakan di Asia dan oleh pejuang di negara-negara Asia Barat. RELIABILITI adalah tonggak utama meletakkan Hilux di depan. Ada tengok orang bawa Ranger masuk hutan cari balak? Kalau ada pun mesti dah convert enjin Toyota agaknya.

Hilux sekali lagi di depan dengan resepi Toyota iaitu SIMPLE. Buat kenderaan untuk fungsi asas, tak payah macam-macam sangat. Sedangkan, perintis pikap trak ialah Toyota sendiri. Orang putih kata workhorse, tak payah gajet-gajet semua tu buat apa nak masuk hutan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, fungsi trak pikap sudah lebih versatil. Tak banyak yang jejak tanah dan lumpur. Ramai pemiliknya hanya pandu di bandar, dipandu setiap hari dan versi automatik mula mengambil alih pasaran.

Nah. Apabila pasaran berubah, selera orang nak buat modifikasi juga semakin bertambah. Daripada hanya menukar bampar besi, winch, absorber tinggi dengan lift body, sekarang arahnya lebih kepada kelajuan. Sudah mula guna turbo, set paip intercooler kit, ekzos, ECU dan bermacam-macam lagi.

Wan Fajarul merupakan antara pelopor industri komersial di Kota Bharu Kelantan dalam bidang modifikasi trak pikap. Sumbernya sudah tentu dari Thailand yang industri trak dan minyak dieselnya sangat maju.

Mereka menghasilkan banyak produk berbanding mana-mana negara di dunia. Hingga ke hari ini, kualiti produk mereka tidak perlu dipersoal. Tak macam produk China, mereka boleh buat sebaik buatan Jepun.

Trak ini adalah sebahagian daripada demonstrasi cari makan Wan. Permulaannya, trak pikap ini disolek dengan rim 20 inci. Rim reka bentuk TE37 daripada pengeluar Cosmis dengan diameter tepatnya 20 X 9.5 di depan dan 10.5 di belakang.

Semua rim dibalut dengan tayar Nitto 420s yang merupakan spesifikasi HT. Tak jumpa lah pula kalau dibuat dek orang tayar AT untuk rim 20 inci. Siapa nak guna? Hummer?

Enjin ditingkatkan dengan perkakasan bolt-on. Satu perkara menarik tentang diesel turbo ialah potensi kuasa sebenarnya yang disimpan oleh pengeluar. Enjin-enjin ini dibina untuk hasilkan tork pada rpm rendah.

Logiknya, kalau anda nak redah jalan hutan, guna 4WD, tork pada putaran rpm rendah sangat penting. Benda ini kena hack oleh kaki lumba dengan menggunakan ECU piggyback. Unichip ini antara yang popular, menukar karekter enjin untuk panjangkan lengkok rpm tadi.

Selain ECU, intercooler set asal yang kecil diganti dengan kit Greddy lebih besar tapi tidaklah ketara. Penapis udara BMC dipasang dan boost ditingkatkan kepada 30psi. Akhir sekali, sistem ekzos HKS lengkap dipasang.

Set suspensi dinaik taraf dengan Amada jenis hi low soft hard boleh laras. Ini penting sebab ruang arca roda Hilux memang sempit. Memang kena angkat sikit untuk bolehkan tayar diputar habis.

Lagi satu, rim dengan golekan yang besar ini ada rintangan pemberhentian yang tinggi. Jadi, brek asal digantikan dengan AP RACING, Tspec rotor di depan dan BREMBO bersama Tspec Rotor di belakang.

Bahagian dalam tak serupa trak tokey construction pun. Kerusi depan digantikan dengan Recaro Thailand, SPJ FLANKER. Papan pemuka dan kemasan pintu ialah versi TRD yang lebih gelap. Aksesori lain ialah Defi Sport NV, Zoom mirror carbon serta sistem audio yang terdiri daripada pemain Kenwood dan woofer/ speaker Epsilon.

Saya pun dah lupa berapa kali Hilux sudah bertukar wajah. Tapi ini yang ketiga dan sedikit istimewa sebab Wan pilih untuk menggunakan wajah Fortuner facelift terkini bagi versi TRD. Nak bagi nampak lagi sukan, bonet depan digantikan dengan jenis Carbon dan spoiler belakang cab itu direka oleh Monza.

Dulu saya ingatkan musim trak pikap sekejap sahaja. Tapi nampaknya trend ini makin berkembang. Salah satu sebab, kalau anda bandingkan harga kereta dengan trak, memang trak lagi murah sebab cukainya rendah.

Guna di bandar pun tak jadi masalah sebab bukan semua orang mampu nak beli SUV, walaupun suka bawak kereta tinggi. Lagi satu, enjin diesel memang jimat kalau bandingkan dengan petrol. Power pun sedap, selamat pun selamat.

Cuma satu sahaja saya nak pesan. Kalau nak bagi bini bawa, pastikan mereka dah lulus bawa kereta saiz Estima. Kalau tak memang bahayakan orang lain. Saya merempit berapa kali nak kena sodok dengan trak pikap. Masa saya bawa pikap tak ada pula pikap nak datang sodok?

Adakah ini gara-gara GST?

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

Previous Post

PROTON PERDANA 1.8 GSR

Next Post

DATSUN BLUEBIRD 510 ENJIN 50 TAHUN!

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved