Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memperkenalkan aplikasi mudah alih pertamanya untuk pelanggan di Malaysia. Dikenali sebagai MITSUBISHI CONNECT, ia sudah boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple App Store secara percuma.
Aplikasi itu membolehkan pelanggan untuk menyusun temu janji servis dengan pusat servis pilihan, mengetahui sejarah penyelenggaraan kenderaan dan menerima pemberitahuan tentang servis akan datang dengan mudah. Pelanggan boleh mendaftar beberapa buah kenderaan di dalam satu akaun. Bukan itu sahaja, aplikasi berkenaan membolehkan anda untuk berhubung dengan talian bantuan 24Hrs Mitsubishi Assist.
Hanya perlu tekan fungsi ‘SOS’, lokasi pengguna akan dikesan dengan tepat melalui GPS, sebelum perinciannya disahkan oleh kakitangan MMM untuk menghantar bantuan sewajarnya. MITSUBISHI CONNECT boleh digunakan untuk mengetahui lokasi pengedar dan pusat servis Mitsubishi terdekat, lengkap bersama maklumat dan navigasi.
Fungsi-fungsi lain yang diyawarkan termasuklah berita terkini, promosi, pencarian maklumat produk dan memuat turun e-Brochures.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ