Bermula dari model asal, Maserati sedia dengan perancangan untuk masa hadapan dari sudut nilai eksklusiviti, rekaan yang unik dan semestinya menggunakan DNA Itali dari model terdahulu yang diperbaharui untuk model generasi sekarang sekaligus menandakan era baharu jenama ini.
Mengimbas kembali sejarah keluaran pertama A6G 2000, kereta ini mewakili siri A6 yang dibina oleh Maserati dari tahun 1947 sehingga 1965 yang dinamakan sebagai penghormatan kepada Alfiera Maserati (huruf A) dengan nombor 6 yang menunjukkan jenis enjin (straight 6) yang dikeluarkan 70 tahun dahulu, pada Februari 1951. Model terbaharu menggantikan siri kereta sport untuk A6 1500 dan namanya merujuk kepada cast iron (atau ghisa) pada crankcase (G) dan anjakan enjin 2,000cc.
Keperluan untuk mempertingkatkan kuasa output kepada trend umum di pasaran Itali yang mahukan kereta dengan prestasi tinggi, hasil dari keadaan ekonomi negara tersebut yang kian meningkat mendorong Maserati menukar A6GCS kepada enjin 2 liter penuh untuk mengeksploitasi potensi casis A6. Peningkatan ini berbanding model A6 terdahulu diperolehi menerusi kerja kejuruteraan pada bore dan stroke straight 6. Enjin yang telah dikemaskini dengan 1,954.3cc, mencapai output kuasa 90 hingga 100hp bergantung kepada setup akhir, membolehkan kelajuan tertinggi 180km/j dicapai.
Turin Motor Show tahun 1950 memberikan pelancaran yang menakjubkan untuk A6G 2000, di mana dua varian telah diperkenalkan iaitu 4 tempat duduk, sedan 2 pintu oleh Pininfarina dan rekaan convertible oleh Pietro Frua. Sebanyak 16 kereta ini telah dipasang pada tahun 1950 hingga 1951, 6 darinya dengan kerja tangan oleh Pininfarina dan 5 convertible serta sebuah coupe oleh Pietro Frua. Manakala Alfredo Vignale menghasilkan hanya sebuah kereta, coupe dua ton A6G 2000 dengan ciri stylistik sporty.
Kereta pacuan belakang, sebuah kota gear dengan 4-kelajuan termasuk undur dan juga cakera klac tunggal, melengkapkan ciri-ciri baharu A6G 2000 bersama dengan suspensi tayar depan dan suspensi belakang. Brek dram hidraulik berfungsi atas keempat-empat roda dan solid steel atau spoked wheels melengkapkan kerjatangan serta inovasi teknologi yang menjadikan kereta ini, dibina sedikit dan menjadi ikon dunia permotoran pada ketika itu.
Sporty, Unik dan binaan Itali menjadi pusat DNA Maserati ini dan ia masih jelas kelihatan pada model terbaharunya pada hari ini. Ia juga pasti akan terus dikekalkan begitu.