Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TURQUOISE BUNNY

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
22/03/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Populariti kereta pacuan belakang pernah meningkat naik, gara-gara kemasyhuran sukan drift suatu ketika dulu. Kira macam fenomena jugaklah, sampai ke ceruk rantau ia dicari dan diburu. Paling senang jumpa model-model marhain seperti Toyota KE70, yang banyak digunakan oleh mereka yang baru ingin berjinak. Agak-agak dah terer sikit, giliran kereta berprestasi seperti Silvia pula menjadi taruhan, kerana keupayaan dan potensinya untuk dinaik taraf.

Tapi entah mana silapnya, perkembangan sukan ini kian merudum saban tahun. Bakat dah siap asah, kereta pulak dah banyak bersepai. Tapi jumlah penganjuran dan pertandingan, mula beransur sunyi. Walaupun ada yang mengusahakan, pengaruhnya tidak seperti dulu sekaligus memberi kesan langsung kepada kemajuannya hari ini.

Dalam banyak-banyak kereta yang bersepai tu, mujur ada yang sempat diselamatkan. Misalnya Nissan 180SX milik Sean yang masih lagi tegap bergelar kereta jalanan. Kerana kecenderungannya kepada rupa luaran, penampilan kereta ini telah dikembangkan menerusi padanan kit badan Rocket Bunny V1 dari Tra Kyoto. Ia meliputi keseluruhan bumper, arca roda, skirt sisi, serta spoiler belakang yang melentik. Olahan komponen lain melibatkan penggunaan hood gentian fiber, cermin sisi Veilside, serta kit splitter Rocket Bunny 380 yang agak ekstrim. Patut tak minat main derip.

Ketika bertukar tangan, kereta ini datang dengan enjin SR20DE yang kurang menyeronokkan. Nama je kereta derip berprestasi, tapi nak pusing tayar belakang pun malu-malu. Sebagai penyelesaian, ia telah digantikan dengan enjin SR20DET dari Silvia S14 yang tentunya lebih berkuasa. Nah, baru boleh donat. Nak suruh uli karipap pusing pun boleh.

Mengikut pemerhatian, enjin baru ini belum dinaik taraf pada kadar yang sesuai. Semuanya masih di kedudukan asal kecuali bahagian sistem pendesak yang menerima kit intercooler dan paip sambungan kustom, serta injap pelepas Sheepdog. Tambahan komponen lain termasuklah penapis udara Blitz, regulator Works Engineering, tangki simpanan kustom, juga radiator aloi dari Sard. Jadilah untuk langkah permulaan. Kalau dah kena racun nanti, mesti lebih banyak yang akan digantikan.

Memandangkan ia jarang beraksi ganeh, tayar Westlake Sport RS bersaiz 235/45ZR-18 pada rim Volk Racing 18-inci itu, nampaknya masih belum luak. Kuasa hentian datang dari komponen brek Skyline R32 di bahagian depan. Sementara ketegaran sistem gantungan, dibantu set suspensi boleh laras dari Tein.

Tatahias dalaman dibuat cukup mudah dan masih mengekalkan sebahagian besar komponen asal. Takde galang roll cage yang bersimpang siur. Ia cuma diserikan dengan sepasang tempat duduk Bride Low Max di bahagian depan, balutan semula tempat duduk belakang, stereng Nardi Torino dan tombol gear Nismo. Bantuan pemantauan pula datang dari gugusan meter Defi, termasuk unit paparan Defi ZD.

Nasib 180SX ini agak baik kerana terselamat dari disesah tanpa belas seperti kawan-kawan yang lain. Untung dapat tuan macam Sean…

SPESIFIKASI

      • Pemilik – Sean Tan
      • Pengeluar – Nissan
      • Model – Silvia 180SX
      • Tahun – 1989
      • Enjin asal – SR20DE
      • Modifikasi Enjin – SR20DET Silvia S14, intercooler & paip sambungan kustom, injap pelepas Sheepdog, penapis udara Blitz, regulator Works Engineering, tangki simpanan kustom, radiator aloi Sard
      • Transmisi – Kotak gear manual, set klac Exedy Racing
      • Ekzos – Paip ekzos kustom, muffler Kakimoto Racing
      • Luaran – Kit badan Rocket Bunny V1, hood gentian fiber, cermin sisi Veilside, kit splitter Rocket Bunny 380
      • Suspensi – Tein
      • Brek – Skyline R32 (depan)
      • Rim & Tayar -Volk Racing 18-inci & Westlake Sport RS 235/45ZR-18
      • Dalaman – Tempat duduk Bride Low Max, balutan semula tempat duduk belakang, stereng Nardi Torino, tombol gear Nismo, meter tambahan Defi, paparan Defi ZD
      • Bengkel – Kian Beng Workshop

Previous Post

RED ARROW

Next Post

JAKFER EK SPOON B20B

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved