Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TUNED BY OWNER

Saiful by Saiful
22/12/2018
in MODIFIKASI, UTAMA

Penamatan siri perlumbaan Sepang Drag Battle, sebenarnya memberi kesan langsung kepada perkembangan sukan drag tempatan. Suka atau tidak, itulah realiti yang berlaku sekarang. Ramai dah bungkus jentera masing-masing dalam selimut. Yang jual cerai pun ada. Belum lagi kira yang pencen terus.

Punca masalah bukan sebab penganjur yang ada sekarang tak bagus. Tapi ketiadaan venue setanding Sepang untuk membolehkan jentera kuasa tinggi beraksi. Kalau main kategori on the road mungkin takde masalah. Yang jadi masalah jenis power terlajak, sampai nak berhenti pun kena pijak sambil berdiri. Dah jadi gitu, bikin sampai 1000 kekuda pun tak guna. Memang takat tu jelah mainannya.

Civic EG6 bewarna hijau ini, dimiliki oleh Myrol dari Tuned By Owner. Cache sungguh namanya. Suatu ketika dulu, ia pernah beraksi dalam kategori Class B di Sepang Drag Battle. Bila takde peluang nak lari 400 meter, keupayaan jentera ini telah dikurangkan bagi membenarkannya beraksi dalam siri perlumbaan yang lebih kecil.

Asasnya menggunakan enjin B16B dengan setup turbo gantung. Seperti dijangka, keseluruhan isi perutnya telah dinaik taraf dengan komponen yang sesuai. Antaranya, penempatan piston Wiseco 85mm, conrod Eagle, termasuk galas enjin ACL Race. Bahagian kepala silinder pulak menggunakan komponen B18C GSR, yang kemudiannya diolah dengan camshaft Skunk2 Tuner 3, berserta set injap berprestasi dari Ferrea.

Tonggak utama terletak pada sistem pendesak yang dimainkan oleh turbo Garrett GTX40. Ia duduk mendongak pada sebuah manifold kustom, yang turut mengandungi sepasang wastegate Tial 44mm. Mampatan boost yang terhasil disejukkan oleh intercooler GReddy dengan paip sambungan kustom, sebelum dibawa ke mulut throttle body Works Engineering yang melekat pada manifold kemasukan Skunk2. Sementara tekanan berlebihan, akan dipaksa keluar menerusi injap pelepas Tial.

Untuk sistem penyampaian bahan api, bekalan petrol dibawa masuk menggunakan pam Walbro 450. Ia disalurkan kepada rel bahan api Skunk2 yang memegang set injektor Bosch 1300cc. Memastikan kadar tekanan dan balikan yang yang tepat, ia kini dilaras menggunakan unit regulator Aeromotive. Hasil campuran yang terbentuk pada kebuk pembakaran seterusnya diletuskan oleh koil K20A, sebelum ditala menggunakan unit EMS Haltech Sport 1000 untuk capaian kuasa yang optimum.

Melihat bahagian luaran, hampir kesemua komponen asal masih berada di tempatnya. Memang casis on the road, siap ada roadtax lagi. Myrol hanya menukar bumper depan jenis C West kustom, termasuk penggunaan komponen karbon fiber untuk fender, hood, spoiler dan cermin sisi.

Sistem gantungan menggunakan set suspensi boleh laras dari HWL. Sementara kuasa hentian, masih mengharapkan keupayaan komponen asal. Mengisi ruang roda adalah SSR Type C dengan tayar Bridgestone Potenza untuk depan serta rim skinny Well Racing pada tayar Falken Ziex untuk belakang. Namun sewaktu ingin dilumbakan, roda depan ini akan digantikan rim Black Racing beserta tayar belon Mickey Thompson dari saiz 24.0/8.0-15.

Seperti luar, ruang dalam juga mengekalkan kesemua komponen yang ada. Dashboard, panel pintu, tempat duduk, masih lagi ada di tempatnya. Yang lain cuba tempat duduk Recaro SPG untuk pemandu, stereng Sparco, meter Defi dan Innovate, serta set roll cage Cusco. Radio? Bertuah sangat kalau ada!

Ketika beraksi di Sepang Drag Battle 2015, jentera ini pernah memenangi tempat kedua keseluruhan untuk kategori Class B. Tapi sekarang keputusan terbaik yang mampu diperolehi, masih berlegar dalam lingkungan Best 8 sahaja. Biasalah dah tukar setup. Badan jokey pun makin berat. Harap ia mampu menunjukkan taringnya tak lama lagi…

 

Previous Post

J SWAP

Next Post

ABANG PILIH YANG MANA…

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved