Tahun ini, dunia meraikan sambutan ulang tahun ke-50 Lamborghini Countach. Sementara menunggu, sebuah studio rekaan ARC telah mempersembahkan kereta konsep digital yang diinspirasikan asal ciptaan Gandini.
Lamborghini Countach 50 Omaggio telah direka sebagai kereta konsep yang diperkenalkan pada tahun 1971 ketika Geneva Motor Show. Countach ini dalam bentuk paling asli, seperti versi produksi yang dibina pada tahun 1974 dan 1990. Namun diberi sedikit tambahan dari yang asal menerusi komponen aerodinamik dan bampar yang lebih maskulin.
ARC mengekalkan jalur-jalur dan permulaan mengikut yang asal. Secara tidak langsung, memberi ruang untuk transformasi menjadi sebuah jentera yang lebih agresif dan aerodinamik aktif. Justeri, saluran pengambilan udara yang tersembunyi akan muncul apabila diperlukan. Manakala sayap belakang hanya akan keluar pada kelajuan tinggi.
Berdasarkan Aventador, Countach 50 Omaggio ini mewarisi monocoque carbon fiber dan enjin V12. Secara teori, Countach 50 Omaggio ini lebih besar dengan trek signifikan yang lebih lebar dan roda berdiameter lebih besar. Kalau melihat gambar, kereta ini tampil lebih lebar dan rendah.
Bahagian yang paling menonjol pada kereta konsep digital ini adalah bahagian belakangnya. Lampu belakang menampilkan lampu LED mesh nipis yang berfungsi sebagai saluran udara yang memberikan ruang udara panas yang datang dari enjin V12 dilepaskan.
Penutup enjin pula diperbuat dari kaca dengan lampu brek yang menghilang bila tidak digunakan. Manakala paip ekzos yang lebar ditempatkan di atas diffuser. Secara keseluruhannya, bahagian belakang ini memang padan dengan Countach.
Persamaan dengan Aventador lebih jelas kelihatan di bahagian kabin. ARC Design telah menambah skrin sesentuh yang luas di bahagian konsol tengah. Skrin digital menggantikan cermin di pintu dan tunnel tengah baru dengan beberapa butang dan suis penting.
Bagaimanapun, Countach 50 Omaggio ini mungkin tidak akan pernah dihasilkan tetapi sedikit sebanyak memenuhi kehendak pemilik Lamborghini. Jika Sant’Agata melancarkan edisi terhad Aventador berdasarkan Countach, mungkin akan ada banyak persamaan dengan Bugatti Centodieci yang juga merupakan tribute Untuk EB110 tahun 1991.
Sumber : Carscoops