Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TOYOTA TOURING WAGON 100% JDM!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
29/02/2016
in MODIFIKASI, UTAMA

Wagon cukup popular di negara-negara Barat seperti di Amerika dan Eropah. Malah model seperti Volvo 245 ialah ikon kereta keluarga di sana. Bagaimanapun, wagon di rantau Asia dan Malaysia khususnya kurang popular.

Memandangkan wagon sukar di jual di Malaysia, kebanyakan pengeluar kereta tidak membawa masuk model wagon ke sini. Toyota pernah menjual Corolla Wagon hingga ke awal tahun 1980-an. Selepas model Corolla AE80, model wagon tidak lagi dijual.

Namun itu tidak bermakna Toyota langsung melupakan model wagon. Di Jepun, Corolla Wagon terus dijual. Corolla SEG ialah model Corolla yang amat popular di Malaysia. Tetapi saya rasa ramai tak tahu tentang kewujudan model wagonnya.

Corolla Touring Wagon ini milik Mohd Khyril. Sedikit demi sedikit, kereta ini ditransformasi menjadi model Touring Wagon. Di Jepun, ia didatangkan dengan enjin 4 throttle dan bodykit yang sporty. Mendapatkan half-cut Touring Wagon agak mudah. Paling best, semua aksesori yang datang dengan half-cut boleh disalin terus ke kereta ini.

Enjin yang diguna pakai ialah enjin 4AGE four throttle 20 injap yang sememangnya sinonim dengan model ini. Enjin ini tak perlu diusik banyak sebab pemiliknya akan bawa kereta ini selalu.

Jadi, ubah suai enjin hanya bersifat bolt-on dengan pemasangan penapis udara ARC yang menggunakan dua chamber. Kabel palam pencucuh enjin pula diganti dengan kabel daripada Ultra. Sebuah plet penyejuk ARC ditambah ke ruang enjin.

Khyril bertuah kerana mendapat set ekzos aftermarket yang lengkap. Satu set ekzos berprestasi tinggi FGK dipasang. Bermula daripada manifold 4-2-1, paip tengah bersama resonator dan diakhiri dengan peredam bunyi berkembar. Ubah suai mudah ini tak membebankan kotak gear standard empat kelajuan yang digunakan.

Dengan enjin yang berkuasa sekitar 160hp, sistem gantungan perlu dinaik taraf. Berbeza dengan model Corolla wagon sebelumnya, model ini menggunakan sistem gantungan jenis bebas untuk roda belakang.

Ia nyata memudahkan kerja menukar penyerap hentak boleh laras Tein Flex yang diambil daripada model Levin AE101. Di bahagian depan, strut bar Cusco merentangi ruang enjin kereta.

Satu lagi perkara yang membantu mengawal kereta berenjin power macam ini ialah sistem brek. Jadi, Corolla Touring Wagon didatangkan dengan sistem brek cakera pada keempat-empat rodanya.

Set rim Work Meister S1 bersaiz 16×7 inci (depan) dan 16×8 inci di belakang digunakan. Rim original buatan Jepun ini mempunyai offset +35 yang sememangnya sesuai dengan casis Corolla ini. Ia kemudian dibalut dengan tayar bersaiz 205/45/16.

Khyril mahukan projek modifikasinya 100 peratus JDM. Maka kereta ini menggunakan aksesori JDM asli. Wagon ini dipasang dengan bampar depan rekaan Yakuza yang terkenal dengan lampu kabus berkembar (yang kemudiannya ditiru oleh Toyota Vellfire hehehe…).

Bampar belakang pun sama Yakuza. Bahagian-bahagian lain macam lampu depan, gril, skirting sisi, gugusan lampu belakang dan bonet belakang diambil daripada model Touring Wagon.

Aksesori JDM turut memenuhi ruang dalaman. Semua tempat duduk diganti dengan tempat duduk Touring Wagon. Papan pemukanya menerima satu aksesori menarik iaitu meter digital Corolla AE101 JDM yang agak sukar dijumpai.

Kalau anda perasan, jaring-jaring pada belakang kereta ini sebenarnya aksesori original Touring Wagon, termasuklah tonneau cover. Stereng asal diganti dengan stereng asli TRD dan pedal kaki kini dilapik dengan pedal Razo.

Kaau anda baru berangan nak kereta macam ni, simpan la angan-angan itu. Sebab memang susah jumpa orang nak jual kereta macam ini. Dulu pernah juga ada musim orang jual Corolla wagon. Lepas tu, semua iklan hilang dan sampai sekarang saya tak jumpa dah orang nak jual.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

Previous Post

KERETA KAMI BURUK, TAPI HOBI KAMI MAHAL!

Next Post

KEICAR MOD – KANCIL MODERNO

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved