Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TOYOTA STARLET OTAI

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
07/09/2015
in MODIFIKASI, UTAMA

Jika dibandingkan dengan kereta-kereta otai tahun 1980-an, saya rasa tinggal Toyota Starlet sahaja yang masih gah di atas jalan raya bersama kelab mereka.

Nak tengok kereta-kereta sub kompak lama macam Suzuki Swift, Nissan March dan Aura sekarang dah makin pupus. Bengkel Allan Dream Machine dan C&C pun dah tak semeriah macam 10 tahun lepas. Kalau anda perasan, trend kereta otai lebih tertumpu pada koleksi kereta oldschool FR.

Mungkin sudah jadi fenomena apabila kereta lama mesti FR. FF dianggap moden dan baru. Padahal kalau di Amerika Syarikat, Honda Civic turbo itu kemain lagi meletop harganya sekarang.

Baiklah. Apabila berbicara tentang Malaysia, pilihan kereta tidak banyak. Kereta lama itu sendiri pun senarainya terdiri daripada jenama Jepun sahaja. Nak cari Alfa Romeo? Renault? Baik lupakan.

Saya pun tak pasti kenapa makin ramai yang sudah berubah. Masa mula-mula dulu, mungkin ada beratus-ratus kereta macam ini. Sekarang macam BR1M, jarang-jarang ada. Pencarian berterusan menemukan kami dengan model ini di Sungai Buloh, Selangor.

Pemiliknya ialah Amir. Kereta ini dibuat sendiri dari awal sampailah bertukar bermacam-macam stail. Guna pun dah lama. Katanya, memang sampai mati simpan sebab kalau jual pun berapa sangatlah dapat. Tak berbaloi langsung. Lagi baik parking depan rumah gosok hari-hari.

Sejak azali lagi, kereta ini sudah bertemu dengan jodoh enjin 4EFTE. Dari segi enjin, saya yakin tak ada masalah sebab Glanza EP90 masih lagi boleh dapat half-cut nya. Compatibality enjin ini memudahkan kerja pembaikan dan naik taraf.

Enjin ini diubah suai sedikit dengan pemasangan piston daripada 1G-GTE. Ia membolehkan kapasiti enjin dinaikkan sedikit. Selain dorongan daripada turbin CT9 yang juga lebih besar daripada versi asal 4E ini.

Kuasa besar itu pula ditingkatkan dengan boost 1 bar. Akhir sekali, sistem ekzos diperbaharui dengan paip saluran terus ke tepi kereta. Tak payah pakai muffler, buang duit sahaja.

Untuk meyakinkan keupayaan enjin supaya seimbang, Amir menukar keempat-empat adjustable Kayaba dan sistem brek daripada Starlet GT. Aktiviti launching di atas jalan dikendalikan oleh kotak gear manual lima kelajuan yang dilengkapi pelapik klac perlumbaan Exedy.

Toyota Starlet ni antara kereta yang dah lama dalam arena modifikasi. Saya rasa bermacam-macam jenis stail orang pernah buat. Apa yang pasti, kit badan asal GT masih dianggappengubahsuaian standard yang diterima ramai. Agak kontras dengan badan merah kereta ni ialah rim hyper green fluorescent BBS 15 inci yang kemudiannya dibalut dengan tayar Yokohama 195/50r15.

Bahagian dalaman didahului dengan papan pemuka Starlet GT. Kerusi depan pula ada dua jenis. Untuk pemandu ialah Bride Lowmax, penumpang sebelah dan belakang guna tempat duduk Starlet GT. Walaupun ada sentuhan racing, Amir tak lupa memasangkan sistem audio ringkas yang terdiri daripada pemain Sony Explode dan pembesar suara Pioneer.

Mungkin ramai yang tanya apa seronoknya main kereta begini. Baiklah. Kereta macam ini memang tak seronok mana kalau anda seorang pemandu Perodua Alza. Kita bukan cakap tentang teknologi, tapi kita berbicara tentang individualistik.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

TOYOTA CALDINA GT4 NARUSE SPEC

Next Post

PERODUA MYVI RACY

KATEGORI

  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW

POPULAR

  • PROTON SATRIA ENJIN LANCER GSR
  • Cita-Cita Datang Dengan Usaha Dan Usaha Datang Dengan Hasil
  • GAYA MUSCLE MITSUBISHI GTO
  • EASTERN SQUAD
  • PROTON PUTRA MIVEC
  • Kalau takut jangan ikut sebab ada yang nak main macam ni sampai berikat perut…
  • G’s RAWK!!!
  • RALLY LEGEND

CAPAIAN

  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • RSS - Posts
  • RSS - Comments
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved