Secara logiknya, Toyota MR2 sudah tidak dihasilkan lagi. Jika pengeluarannya masih ligat, tidak mustahil ia akan memberi saingan hebat kepada beberapa pesaing terdekatnya khususnya Mazda MX. Tidak lama dahulu, ia pernah mencatatkan jualan tertinggi dan kereta paling laris dalam segmennya.
MR2 Spyder adalah kereta dua tempat duduk dari Toyota dengan mid-enjin kereta sport. Ia dibuat dari tahun 1984 sehingga 2007 yang boleh dibelasah sama ada di atas jalan raya mahupun di atas trek. Namun, sepertimana kebanyakan kereta lain, ianya tidak bertahan lama dan perlahan-lahan hilang.
Namun begitu, ia tidak menghalang sesiapa untuk berusaha menjual MR2 yang masih tertinggal dan juga mendapatkan jumlah yang tinggi. Kereta yang anda lihat ini dikatakan mencecah sehingga $24,900 (RM102,226.30), yang mana harganya hampir dengan harga permulaan Miata terbaharu seperti yang dianggarkan oleh Hagerty. Disebabkan keadaan MR2 ini masih lagi elok dan dilengkapi peralatan asal seperti enjin 1.8 liter dengan transmisi manual 5-kelajuan membuatkan sesiapa sahaja sanggup membayar lebih.
Sumber : AutoEvolution.com
Gambar : Motorcarclassics.com