Satu rekod baharu dunia berjaya dicipta apabila Toyota Mirai, sebuah kereta produksi dengan satu tangki hidrogen menempuh jarak perjalanan sejauh 1,003km. Toyoya Mirai itui telah dipandu di jalan raya kawasan selatan Paris dan di kawasan Loir-et-Cher dan Indre-et-Loire.
Menurut Toyota, generasi terbaharu Mirai mampu menempuh jarak sekitar 650km dalam keadaan pemanduan biasa. Bagaimanapun, empat pemandu yang menyahut cabaran ujian memecah rekod tersebut berjaya mencatat jarak pemanduan lebih jauh.
Salah seorang pemandu itu, Victorien Erussard yang merupakan pengasas Energy Observer serta rakan kongsi Toyota. Sebelum ini, gandingan dua syarikat berkenaan telah menghasilkan kapal dengan menggunakan sel bahan bakar Toyota.
Tiga pemandu lain ialah jurutera Toyota Motor Europe, James Olden, pengurus produk Mirai, Maxime le Hir, dan pengurus PR Toyota France, Marie Gadd. –carscoops
Sumber : Mekanika