Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Toyota Hilux Semakin Mantap

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
28/08/2020
in BULETIN, UTAMA

Toyota Hilux Semakin Mantap

Kalau tanya pemilik Hilux model lama, majoriti pemilik sangat berpuas hati dengan jentera ini. Toyota Hilux merupakan kenderaan 4×4 yang lasak, sangat mudah diselenggara, tak banyak ragam dan menjimatkan bahan api. Jadi tak hairanlah ia menjadi pilihan untuk pemandu yang sukakan aktiviti kembara lasak ataupun sebagai kenderaan utama untuk menjelajah menyelusuri hutan atau masuk ke tapak pembinaan. Dengan servis yang disarankan mudah untuk kita melihat model lama dipandu di atas jalan raya

Namun, untuk kekal relevan dan sentiasa menjadi pilihan dalam pasaran, antara perkara yang perlu dilakukan ialah kemas kini produk agar Hilux kekal kompetitif. Antara naik taraf yang dilakukan oleh Toyota Hilux melibatkan aspek keupayaan enjin, dinamik pengendalian, prestasi ketika pemanduan lasak, pengenalan ciri Toyota Safety Sense dan sistem suspensi lebih stabil. Di samping beberapa ciri kosmetik bagi penggayaan yang mengikut selera pengguna semasa.

Toyota sinonim dengan output enjin yang sederhana, walaupun mereka mampu dan tahu untuk menghasilkan enjin yang lebih berkuasa. Matlamatnya adalah untuk memanjangkan jangka hayat enjin tanpa memerlukan proses pembinaan semula. Tetapi ia tidak menghalang Toyota untuk menaik taraf enjin 2,800cc turbodiesel yang asalnya 177PS menjadi 204PS dan tork kepada 500Nm bagi memberikan pecutan yang lebih padu.

Biarpun begitu, penggunaan bahan api kekal rendah dengan teknologi pam bahan api 2 peringkat serta pengenalan teknologi EGR sejukan air. Enjin 2400cc turbodiesel pula ditala agar lima peratus lebih menjimatkan bahan api dengan teknologi tekanan bahan api ditingkatkan menjadi 250MPa bagi menghasilkan pancitan diesel yang lebih halus. Sistem turbo pula dipasang dengan sistem penyejukan untuk menurunkan suhu udara yang telah melalui sistem turbo.

Kuasa enjin yang besar mesti dikawal dengan baik, jadi Hilux didatangkan dengan stereng kuasa hidraulik dan teknologi Variable Flow Control. Teknologi itu membolehkan stereng berasa lebih ringan ketika Hilux dipandu keluar dari parkir dan menjadi semakin berat apabila halaju meningkat. Secara tidak langsung, pengendalian Hilux menjadi lebih meyakinkan pada kelajuan tinggi. Bagi prestasi pemanduan di laluan off-road, Hilux datang dengan teknologi Automatic Limited Slip Differential yang boleh diaktifkan pada halaju di bawah 50km/j dengan gear H2.

Sebaik sahaja sistem tersebut mengesan gelinciran pada roda, ia tidak mengurangkan kuasa enjin dengan mengaktifkan sistem ESC. Sebaliknya sistem itu akan menghantar kuasa pada tayar yang ada cengkaman. Gegaran pada kabin penumpang pula dikurangkan dengan penggunaan pelapik getah yang diperkuatkan serta bertindak mengurangkan bunyi daripada memasuki kabin.

Sistem penyerap hentak juga direka semula agar ia menjadi lebih selesa supaya boleh dipandu lama tanpa rasa penat, pada masa yang sama digunakan di laluan off-road. Teknologi Toyota Safety Sense yang sebelum ini digunakan pada Toyota Camry dan Toyota Corolla kini sudah dipasang pada Hilux. Pakej TSS meliputi Lane Departure Alert (dengan Yaw Assist Function), Dynamic Radar Cruise Control dan Pre-Collision System yang beroperasi antara halaju 10-180km/j. Dari segi penampilan, Hilux tampil garang dengan lampu yang telah dikemas kini.

Terutama menerusi penggunaan teknologi LED pada lampu utama hadapan yang lengkap dengan sistem projektor, lampu DRL LED, lampu kabus LED, serta penggunaan lampu LED bagi lampu isyarat membelok dan lampu belakang. Paparan meter juga dikemas kini dengan saiz 4.2 inci lengkap dengan paparan semua maklumat. Sistem multimedia hadir dengan aplikasi Apple Carplay serta Android Auto untuk sambungan terus dari telefon pintar. Kemas kini pada Toyota Hilux terbaharu menjadikannya lebih bergaya dan bernilai berbanding dengan wang yang dibelanjakan. Apatah lagi Hilux sinonim dengan kelasakan dan tahan lama.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

8-04T17:47:12.551763
Previous Post

Honda Accord Generasi Ke 10 Catat Jualan 920 Unit

Next Post

Kursus Marshall KBS 2020 Peringkat Negeri Perak

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved