Reputasi Toyota Hilux memang tidak perlu disangkal lagi dan ia dikenali sebagai trak paling tahan lasak pernah dihasilkan. Top Gear pernah menjatuhkan trak ini di ketinggian 200 kaki dan ia masih selamat.
Baru-baru ini, WhistlinDiesel ingin melihat samada ia mampu bertahan di ketinggian 10,000 kaki di udara!
Bagi mendapatkan ketinggian ini, mereka menggunakan sebuah helikopter untuk mengangkat trak ini. Sebelum itu, trak ini dilengkapi dengan kamera untuk merakam keadaan dalam trak semasa aksi ini dilakukan. Satu kamera lagi dibiarkan di bawah yang bertujuan untuk merakam dari perlbagai perspektif.
Awalnya, mereka menjatuhkan trak ini di ketinggian 500 kaki, iaitu 300 kaki lebih tinggi daripada yang direkodkan Top Gear. Malangnya, ia dijatuhkan secara menjunam di mana bahagian hadapan jatuh dahulu dan ia bukan sesuatu yang dirancang atau dimahukan mereka yang terlibat semasa rakaman berlangsung.
Ketika ini, trak Hilux telah pun mengalami kerosakan. Kemek di bahagian hadapan tetapi mereka tetap meneruskan dengan rancangan untuk menjatuhkan ia di ketinggian 10,000 kaki. Seterusnya, helikopter yang membawa trak ini terbang lebih tinggi untuk mencapai ketinggian yang dimahukan.
Kali ini, trak Hilux jatuh pada posisi yang dirancang tetapi berpusing-pusing laju sebelum terhempas di atas tanahnya. Hasilnya? Toyota Hilux yang tahan lasak tadi bertukar menjadi besi buruk.
Sumber : Carscoops