Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Toyota Harrier 2021 Di Malaysia

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
10/04/2021
in BULETIN, UTAMA

Membawakan intipati SUV urban premium sejak pertama kali diperkenalkan pada 1997, Harrier telah menjadi satu nama yang cukup dikenali di Malaysia. Sedia maklum bahawa Harrier generasi keempat dilancarkan di Jepun pada Jun tahun lalu. Diedarkan oleh UMW Toyota Motor, Malaysia merupakan salah satu daripada dua negara yang menyaksikan Harrier dijual melalui saluran rasmi dengan jaminan penuh dan sokongan lepas jualan yang lengkap.

Penampilan Harrier diserlahkan dengan bahasa rekaan Dignified Elegance. Ia boleh dilihat dengan jelas pada bahagian hadapan yang dilengkapi sepasang lampu utama Bi-LED nipis. Di samping Lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk L.
Bahagian belakang pula kelihatan ringkas dengan lampu LED dan muncung ekzos berkembar untuk tampil sporty.

Sunroof bersaiz besar itu dilengkapi dengan kaca elektro-kromatik yang boleh digelapkan melalui butang kawalan. Harrier juga memperkenalkan cermin pandang belakang paparan digital. Ia mampu memaparkan imej langsung daripada kamera sudut-lebar berdefinisi tinggi, membolehkan penglihatan yang lebih jelas pada waktu malam dan menghapuskan silau.

Enjin Dynamic Force
Harrier serba baharu ini dikuasakan oleh enjin terkini Dynamic Force (M20A-FKS) 2.0 liter empat-silinder DOHC dengan Dual VVT-i (Variable Timing Intelligence) yang dikawal secara elektronik untuk mendapatkan maklum balas lebih pantas.
Ini merupakan versi paling maju bagi sistem berkenaan yang dibangunkan oleh jurutera Toyota sejak 30 tahun lalu.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi Direct Shift Continuously Variable Transmission (CVT) dengan Sequential Shiftmatic. Ia membolehkan pemandu menukar gear dengan lancar lebih lancar menerusi tiga mode pemanduan iaitu ECO, Normal dan Sport.

Geometri suspensi depan dan belakang yang telah dioptimumkan pula membuatkan strukturnya menjadi lebih tegar, seimbang, meyakinkan dan mudah dijangka. Aspek kebisingan, gegaran dan kekerasan (NVH) Harrier dipertingkatkan menerusi penggunaan tingkap dengan penyerap bunyi.

Platform TNGA-K
Dibina di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA) GA-K, Harrier direka dengan struktur badan lebih kukuh dan titik graviti lebih rendah untuk memberikannya prestasi pemanduan lebih baik. Harrier juga mempunyai kelebaran dan jarak antara roda lebih 20mm dan 30mm berbanding model lama. Ketinggian pula dikurangkan sebanyak 30mm. Karekter keseluruhannya disempurnakan dengan rim aloi 18-inci.

Ruang dalaman pula diserikan dengan sistem infohibur Display Audio skrin sentuh lapan inci bersama ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Tidak ketinggalan, sistem pendingin hawa dua zon dan paparan meter Optitron dengan skrin MID tujuh inci berwarna.

Kemewahan bahagian dalaman diserlahkan lagi dengan tempat duduk dibalut kulit berwarna hitam, kerusi pemandu boleh laras 12 cara, kerusi penumpang hadapan boleh laras empat cara, paparan head-up dan slot pengecasan tanpa wayar dan banyak lagi.

Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, Harrier dipasang dengan pakej keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi:
Pre-Crash System (PCS)
Lane Departure Alert (PDA) dengan Steering Assist
Lane Tracing Assist (LTA)
Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) untuk semua tahap kelajuan
Adaptive High-Beam System (AHS)

Tidak ketinggalan, ciri keselamatan lain seperti 7 beg udara, ABS, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Intelligent Clearance Sonar (ICS), Pemantauan Titik Buta (BSM), serta Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Miliki sebuah hari ini!
Diimport sepenuhnya dari kilang Takaoka Toyota di Jepun, Harrier Luxury Grade ditawarkan dalam lima warna iaitu Steel Blonde Metallic; Slate Grey Metallic; Precious Black; Dark Blue Metallic; dan warna khas White Pearl Crystal Shine.
Jentera itu boleh anda miliki pada harga RM249,706 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan jaminan kilang selama lima tahun tanpa had perbatuan.
Sumber : Mekanika

 

Previous Post

Selamat Datang Madoka Chujo, Wanita Pertama Pengarah Urusan Dan CEO Honda Malaysia

Next Post

Koleos 2021, Hadir Dengan Tiga Varian Yang Dinaik Taraf

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved