Sepertimana kebiasaanya, para pengeluar kereta akan mengeluarkan laporan jualan bulanan dan untuk Jun, ada sesuatu yang mengejutkan tetap tidak kurang juga menyeronokkan. Beberapa kereta ‘zombie’ (seperti yang dilabelkan portal Motor1) turut mencatatkan jualan baru untuk tahun ini.
Sebelum itu, kereta zombie menurut Motor1 merupakan kereta yang sudah lama tiada di pasaran tetapi tetap dijual baru tahun ini. Biasanya supercar seperti Dodge Viper dan Lexus LFA berada dalam laporan, tetapi kali ini kereta yang dianggap sebagai pilihan mainstream turut tersenarai; Toyota FJ Cruiser dan Lexus GS.
Walaupun tidak mencatatkan jualan di Amerika Syarikat sejak tahun 2014 atau di Jepun sejak tahun 2017, Toyota telah menjual FJ Cruiser baharu di Amerika pada Januari dan Jun. Dalam masa hanya 4 tahun sejak ia dilancarkan dengan model Final Edition, FJ Cruiser
boleh dikatakan sebagai cult classic. Harga FJ terpakai dikatakan agak mahal, jadi bayangkan harga yang perlu dibayar pemiliki untuk model yang baru?
Manakala untuk Lexus pula, syarikat tersebut telah menjual GS baharu di antara bulan Januari dan sekarang. Gs tidaklah tua seperti FJ Cruiser tetapi agak janggal juga bila melihat Lexus menghentikan pengeluarannya lebih setahun lalu dan kini, ia muncul dalam laporan jualan.