Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TOYOTA COROLLA SEG ENJIN BLACKTOP

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
29/05/2015
in MODIFIKASI, UTAMA

Dari saya mula main kereta pada tahun 1990-an dulu hinggalah anak dah dua, ada kereta yang terus diminati ramai. Salah satunya ialah Toyota Corolla.

Dari model KE70 sampai lah ke model AE111, model Corolla ialah kereta kegemaran ramai rakyat Malaysia yang mahukan kereta berkuasa tinggi dan masih boleh digunakan untuk bawa anak bini. Begitu lah senario kereta di Malaysia. Kadang-kadang kereta yang diubah suai itu jugalah dibawa dan balik kampung. Jadi saya tidak hairan jika ramai di antara kita yang mahukan kereta yang lasak tapi berkuasa tinggi. Jawapannya memang ada pada Corolla.

Toyota Corolla SEG keluaran tahun 1994 ini kalau anda tengok sekali imbas memang macam kereta standard. Tetapi dua kali pandang baru perasan ekzos di belakang itu macam serombong kapal. Sahih kereta ini sudah diubah suai.

Pemiliknya, Rais menggantikan enjin 2E 1,300cc asal Corolla ini dengan sesuatu yang jauh lebih berkuasa. Enjin lama yang pernah digunakan sejak zaman Corolla AE80 itu digantikan dengan enjin 4AGE Blacktop yang diambil daripada half-cut Corolla AE101 Wagon.

Enjin Blacktop memang terkenal dengan kelasakan dan tak begitu membebankan dari segi kos penjagaannya. Jadi Rais lebih gemar membiarkan enjin ini dalam keadaan yang hampir standard kilang dengan sedikit penambahan aksesori jenis bolt-on.

Ubah suai kekal yang dilakukan ke atas enjin ini hanyalah kerja-kerja port dan polish kepala silinder yang mempunyai 20 injap. Palam pencucuh digantikan dengan palam daripada Denso Iridium. Kabel palam pula dinaik taraf kepada kabel TRD Yazaki.

Sistem ekzos sememangnya wajib dinaik taraf. Kalau tidakk, kereta ini seolah-olah mempunyai jantung Usain Bolt tetapi dengan paru-paru orang sakit athma. Paip standard yang dipasang pada Corolla ini dicampak jauh-jauh dan diganti dengan paip ekzos buatan custom berdiameter 2 inci, diakhiri dengan peredam bunyi A’PEXi N1.

Sistem penyejukan enjin dibantu oleh cooling plate buatan custom. Semua hos air dan vakum diganti dengan hos silikon buatan Samco. Memandangkan enjin ini hampir standard dan ia dipandu setiap hari, sistem transmisi dan klac dibiarkan standard.

Kalau kereta enjin dah kuat, keselamatan jangan pula dilupakan. Keselamatan yang saya maksudkan bukannya pasal pakai tali keledar, tetapi dari segi pengendalian dan brek.

Nasib baik juga Malaysia ada undang-undang pasal naik taraf enjin.Kalau tidak, saya rasa banyak kereta masuk enjin beratus-ratus kuasa kuda, tapi pakai brek gelendong sahaja.

Rais bukan begitu, Corolla ini pun dah masuk sistem brek lengkap Corolla AE101 Wagon yang mempunyai diameter cakera lebih besar. Lebih penting lagi, menggantikan brek gelendong pada roda belakang dengan brek cakera.

Bab pengendalian pun tip-top sebab Rais sudah menggantikan semua penyerap hentak asal dengan set penyerap hentak boleh laras. Rim 13 inci asal diganti dengan rim gaya retro ATS bersaiz 15 inci dengan offset +28. Tayar pilihan pula berjenama Corsa bersaiz 195/55.

Tak seronok juga kalau enjin dah kuat, tapi rupa macam baru lepas keluar dari bendang. Jadi Rais memberikan sikit sentuhan JDM kepada Corolla spec Malaysia ini. Bampar hadapan ditukar dengan bampar Corolla FX, iaitu model hatchback dua pintu Corolla AE101.

Skirting tepi pula datangnya daripada Corolla GT AE101. Di bahagian belakang, guna spoiler Toyota Ceres. Yang ini kena modifikasi sikit, kena tebuk lubang baru boleh pasang.

Eh! Lupa nak bagitau, lips pada bampar depan itu ialah barang modifikasi daripada Toyota Chaser JZX100 yang nampak memang lawa apabila dipasang pada Corolla macam ni. Warna yang Rais pilih ialah oren metalik Perodua MyVi SE. Memang cantik!

Pada ruang kabin, Rais menggantikan papan pemuka asal Corolla dengan papan pemuka dan stereng Corolla Wagon. Tempat duduk depan diganti dengan tempat duduk Recaro jenis Fishnet. Sementara keempat-empat panel pintu diganti dengan panel pintu AE 101 BZ Touring.

Walaupun Corolla kini sudah masuk ke generasi ke 11, tapi model-model lama dia masih tetap popular dijadikan bahan modifikasi. Saya tunggu juga bila nak ambil gambar Altis guna enjin Celica.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

TOYOTA KE70: KERETA KLASIK POPULAR

Next Post

TOYOTA COROLLA WAGON

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved