Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TOYOTA COROLLA AE80 BLACKTOP

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
26/09/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Toyota merupakan antara pengeluar kereta terbesar di dunia yang mempelopori teknologi permotoran termaju sejak dahulu lagi.

Ada yang benar dan ada yang salah. Benar sebab Toyota berjaya menghasilkan kereta sports terbaik sepanjang zaman iaitu Toyota 2000GT. Selain model Corolla yang sehingga kini kekal sebagai kereta penumpang terlaris di dunia. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak sedar yang Toyota juga ialah pengeluar kereta Jepun yang paling lambat beralih ke sistem pacuan roda hadapan!

Toyota hanya menghasilkan kereta pacuan roda hadapan pertamanya pada tahun 1983, lewat hampir tiga tahun berbanding para pesaingnya. Ketika Mazda, Mitsubishi, Honda dan Nissan telah beralih ke sistem pacuan roda hadapan untuk kereta keluarga mereka, Toyota masih berdegil mengekalkan sistem pacuan roda belakang untuk semua model keretanya, termasuklah Corolla.

Mungkin tekanan persaingan ataupun pengarah-pengarah Toyota akhirnya sedar tentang penjimatan kos, membuatkan Toyota akhirnya memperkenalkan kereta pacuan roda hadapan.

Corolla AE80 ialah model Corolla pertama yang menggunakan sistem pacuan roda hadapan. Dengan tagline “Oh What a Feeling!”, Corolla ini boleh dikatakan amat canggih. Ia menggunakan sistem gantungan jenis bebas untuk keempat-empat roda dan kotak gear lima kelajuan.

Kelasakan kereta ini sememangnya terbukti kerana ia masih banyak dipandu di atas jalan raya di Malaysia, walaupun selepas 30 tahun diperkenalkan. Peminat model AE80 boleh dikatakan ramai. Jadi, agak senang nak jumpa model AE80 yang sudah diubah suai meluncur gagah di atas jalan raya.

Buktinya, kami banyak bertemu dengan model seumpama ini sewaktu berkelana ke Tawau, Sabah. Tengok pada rupa kereta, macam tak percaya kereta ini dah genap 30 tahun. Masih cantik dan bebas karat, walaupun kereta ini menghabiskan sepanjang usianya di atas sebuah pulau.

Pemiliknya, Azman memastikan kereta berstatus klasik ini boleh digunakan selama 30 tahun lagi apabila menggantikan enjin 2A 1.3 liter asal dengan enjin yang lebih moden dan berkuasa tinggi. Pilihannya? Tentulah enjin 4AGE Blacktop dengan kepala silinder 20 injap dan sistem induksi 4 throttle.

Enjin yang terbukti berkuasa tinggi dan amat lasak untuk dibelasah ini mendapat beberapa sentuhan peribadi Azman untuk meningkatkan lagi kuasanya. Kepala silinder enjin dilakukan kerja-kerja port dan polish. Sementara penapis udaranya diganti dengan penapis udara jenis aliran bebas HKS Super Power Flow.

ECU asal enjin pula dilakukan proses chip semula (re-chip) untuk disesuaikan dengan gred petrol RON95. Tekanan berterusan petrol dari tangki ke kebuk pembakaran dipastikan oleh pam bahan api bertekanan tinggi Bosch.

Sistem ekzos enjin dilancarkan dengan menggantikan paip ekzos asal kereta dengan paip tengah custom bersama-sama peredam bunyi Tanabe di hujungnya. Kotak gear lima kelajuan manual yang datang sekali dengan half-cut dibekalkan dengan sistem LSD. Azman cuma perlu menggantikan klac asal dengan klac perlumbaan daripada TRD untuk memantapkan lagi proses pertukaran gear.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Corolla AE80 agak mudah untuk diubah suai dari segi pengendaliannya. Oleh kerana sistem gantungannya jenis bebas, maka penyerap hentak daripada model Corolla yang lebih baru seperti AE90, AE101 dan AE111 boleh diubah suai untuk dimasukkan ke dalam chasisnya.

Azman mengambil keputusan untuk menyalin penyerap hentak dan pegas gegelung sports daripada TRD kepada Corolla kesayangannya. Tak pasti pula daripada model Corolla mana dia salin barang itu, tapi rasanya bukan dari chasis AE80.

Dengan penyerap hentak itu, kereta ini pun dah direndahkan secukup rasa dan tiba masanya untuk masuk rim yang sesuai. Walaupun rim rekaan moden memang boleh masuk dengan kereta ni, tapi rim rekaan sekolah lama ialah pilihan yang tepat. Tak percaya? Tengok saja kereta Azman ni, segak bergaya dengan rim Watanabe bersaiz 15 inci gaya retro dan tayar Alpha 195/50/15.

Untuk memberhentikan kereta, Azman menyalin brek cakera lengkap daripada model Levin AE111 dengan angkup 2 pot di depan. Paling penting, brek gelendong belakang digantikan dengan cakera. Semua brek cakera ini diangkup oleh pelapik brek berprestasi tinggi TRD.

Dari segi kosmetik, Azman telah menyalin beberapa aksesori asli JDM macam bonet dan bampar depan Corolla Sprinter AE85. Pada bahagian tepi, side skirt asli AE82 disalin kemas. Pada bahagian belakang pula, bonet AE80 JDM dengan pemantul cahaya penuh di bahagian plet belakang digunakan. Lampu depan dan gril ialah versi asli AE80 12 injap yang dikenali dengan trademark lampu isyaratnya yang panjang dan gril berliang besar.

Bahagian dalaman Corolla ini telah diubah suai sepenuhnya. Aksesori JDM dan barangan kereta yang branded boleh dilihat macam stereng Nardi dan tombol gear Momo. Papan pemuka asal AE80 dikekalkan, walaupun enjin dah ditukar.

Bagaimanapun, meter asal bernombor putih sudah diganti dengan meter bernombor oren yang berasal daripada model Corolla AE82 yang mempunyai takat redline 8,000rpm.

Tempat duduk depan diganti dengan tempat duduk SSCUS. Di belakang pula, Azman berjaya memasukkan tempat duduk asal Corolla AE111. Di atas papan pemukanya penuh dengan meter-meter tambahan daripada A’PEXi dan Auto Gauge. Sebuah turbo timer Razo turut dipasang.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

HONDA CIVIC USDM STYLE- FAST AND FERIO

Next Post

MITSUBISHI EVO III 4G63

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved