Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TOYOTA CELICA SUPRA MA61

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
28/04/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Ini ialah kereta yang lahir dalam zaman transisi pacuan belakang beralih ke pacuan roda depan.

Peralihan itu adalah hasil daripada idea sebuah kereta berasaskan pengedalian, bertukar fokus menjadi lebih ekonomikal. Walaupun tindakan ini dianggap bingai pada awalnya, ia akhirnya diterima sebagai satu standard dalam industri automotif sedekad kemudian.

Hari ini, hampir semua kereta menggunakan pacuan roda hadapan. Kereta mahal saja yang tinggal FR, selain lori dan bas dan van.

Toyota Celica Supra MA61 boleh dikatakan jarang sekali orang ingat nak beli dan guna. Namanya pun pelik, Celica Supra. Sekali orang tanya, “Lu pakai kereta apa?”, “Celica Supra”, bunyi macam kaya sebab ada Celica dan Supra.

Apabila Supra JZA80 diangkat menjadi model flagship sport tourer, ketika itulah Celica berpisah nama menjadi dua model berbeza. Sewaktu kereta ini dibina dulu, ia bertujuan menyaingi model Z keluaran Nissan yang sangat laris. Celica Supra dikenali dengan nama Celica XX di Jepun. Bagi memastikannya berdaya saing dengan Fairlady, Toyota telah melengkapkannya dengan enjin enam silinder siri M.

Bertitik-tolak dari situ, rekaannya terpaksa diubah dengan hud depan nampak panjang. Konfigurasi pacuan dan proposisi enjin juga menjadikan kereta ini lebih lebar dan panjang berbanding mana-mana kereta FR Toyota pada masa itu.

Pemiliknya telah menukar enjin lama yang mula menunjukkan tanda-tanda lemau dengan enjin generasi baru 1JZ GTE. Adik kepada enjin JZA80 2JZ ini murah sikit cukai jalannya. Kuasanya juga boleh tahan sebab berat badan kereta ini hanya sekitar 1,360kg sahaja.

Disebabkan tidak mahu ambil risiko modifikasi yang merepek, pemiliknya membiarkan enjin dalam keadaan standard. Apa yang ditukar cuma ekzos saluran terus bersaiz tiga inci dengan peredam bunyi HKS.

Transmisi R154 lima kelajuan masih boleh berkhidmat dengan cemerlang. Tak ada masalah langsung. Cuma pelapik klac ditukar baru supaya lebih mencengkam. Tuil gear diubah suai dengan set short shift custom agar penukaran gear dapat dibuat dengan lebih cepat. Suspensi pula ditukar kepada TEIN jenis boleh laras pada keempat-empat topangnya.

Rim watanabe 15X9 ni memang calon yang paling sesuai untuk kereta sekolah lama begini. Kena pula offsetnya -13 yang membuatkan roda terkeluar dari badan kereta. Masalahnya, bukan senang nak dapatkan spesifikasi begini.

Maka cara paling mudah ialah beli rim versi Rota. Rim yang dihasilkan di Filipina ini mempunyai hampir semua offset dan lebar yang pelik-pelik. Dalam erti kata lain, main kereta oldskul tak lagi susah macam dulu hingga terpaksa beli rim berkali ganda berbanding harga kereta.

Masuk ke dalam ruang dalaman kereta, memang boleh rasa aura klasiknya. Cuba tengok tempat duduknya, ini sudah kira sport dan mungkin futuristik pada zamannya. Ia juga masih dalam keadaan baik. Papan instrumentasi telah dirapikan semula dengan balutan PVC dan sterengnya pula daripada TRD.

Saya tabik dengan pemilik kereta ni kerana ia jarang sekali masuk ke bengkel. Semuanya dibuat dan direstorasi sendiri di belakang rumahnya. Kereta macam ini kena ada passion kalau nak main. Sabar dan tidaklah beli barang hari ini besok sudah nak pasang semuanya.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

DATSUN SSS 510 LEGEND!

Next Post

BMW E30 JDM 325i LHD

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved