Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TOYOTA CELICA 3S-GE BEAMS

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
30/11/2015
in MODIFIKASI, UTAMA

Kalau ditanya tentang Toyota Celica, rasanya ramai akan mengingati model generasi pertama berbanding dengan model-model yang lebih baru.

Celica mungkin sebuah kereta sports yang underrated, model yang bagus tapi kurang popular. Kereta ini boleh dikatakan senasib dengan Mitsubishi FTO yang bagi saya cukup best, tapi tak popular dalam kalangan kaki kereta.

Walaupun pernah memenangi beberapa kejuaraan rali dunia, nama Celica akhirnya digugurkan daripada senarai model baru Toyota pada tahun 2006. Mungkin jika Toyota meneruskan legasi chasis FR dengan Celica, kereta ni mungkin akan menjadi lagenda macam model AE86 dan Supra yang sampai hari ni diagung-agungkan oleh peminat kereta.

Malangnya, Toyota memilih konfigurasi FF untuk model ini (4WD kalau model GT4) yang mungkin tak menarik. Tambah pula kereta sport FWD semuanya terpaksa bersaing dengan Honda Civic EG6 atau Integra Type-R yang jauh lagi berkuasa daripada apa yang dihidangkan oleh Toyota.

Kurangnya populariti kereta ini membuatkan harganya kini agak murah (berbanding kereta sports klasik Jepun yang lain). Bukan saja harga kereta, malah harga half-cut juga agak berpatutan.

Ini membolehkan peminat kereta dengan bajet yang sederhana mampu bermain dengan kereta ni. Model yang dimaksudkan ialah dari versi T180, iaitu Celica generasi kelima.

Sejujurnya, rekaan kereta ini nampak cantik dan sporty, cukup sesuai dijadikan bahan projek bagi orang yang mahukan kelainan. Pemilik Celica model AT180 ini ialah Muhammad Radzuan. Jentera ini model Celica spesifikasi eksport, bukan model JDM. Celica ini walaupun nampak macam bernadikan enjin turbo, tapi sebenarnya bukan.

Enjin yang digunakan ialah enjin 3S-GE BEAMS yang berasal dari model Celica ST202 SS-II, iaitu model Celica generasi keenam. Saya yakin ramai yang tidak sedar kewujudan enjin ini.

Sebabnya, produksi enjin BEAMS jenis pacuan roda hadapan ini terhad pada model MR2, Celica dan Caldina spec JDM saja. Enjin BEAMS red top bersesaran 2,000cc dengan kepala silinder VVT-i mampu menghasilkan kuasa hampir kepada 200hp! Jadi, sebelum nak kutuk, fikir dulu sebab enjin ini sebenarnya berkuasa tinggi.

Radzuan ada usik sikit enjin ini. Kepala silindernya sudah dilakukan kerja-kerja port dan polish. Penapis udara asal pula diganti dengan penapis udara daripada M’s. Semua kabel palam pencucuh diganti dengan kabel NGK R.

Manakala pam bahan api dinaik taraf dengan pam bahan api enjin Toyota 1JZ. Apa yang saya pelik sikit ialah pilihan sistem ekzosnya. Saya tahulah enjin NA ini kuat, tetapi biar betik guna paip tengah 3.5 inci dengan peredam bunyi A’PEXi N1?

Enjin NA yang suka rev sehingga 7,000rpm sememangnya lagi sedap kalau digandingkan dengan kotak gear manual. Anda boleh rev sesuka hati sampai redline bila-bila masa.

Satu lagi sebab kenapa nak kena guna kotak gear manual ialah kalau enjin ini melekat pada kotak gear automatik, enjin ini kurang 10hp. Jadi Radzuan memilih kotak gear manual. Kotak gear ini dipadankan dengan kit flywheel ringan dan klac Toda.

Satu sifat yang wajib ada pada semua DNA kereta sports adalah pengendalian. Celica ini dibekalkan dengan sistem gantungan bebas. Ini memudahkan kerja naik tarafnya. Radzuan berjaya menemui satu set penyerap hentak boleh laras GAB dari Jepun untuk chasis Celica ini.

Rim-rim pilihan Radzuan ialah rim OZ Racing Crono bersaiz 16 inci. Rim yang lebih terkenal sebagai rim standard Evo III ini dibalut dengan tayar-tayar Toyo Proxes bersaiz 205/45/16. Ia memang membantu memberi cengkaman yang baik dan membuatkan jentera ini nampak lebih gagah.

Dari segi modifikasi luaran, hanya satu barang ditukar iaitu bonet depan. Bonet depan dengan skup udara ini ialah daripada model edisi terhad Celica ST185 Carlos Sainz yang datang siap dengan nombor sirinya sekali.

Untuk ruang kabin, kebanyakan barang masih standard kecuali stereng sport buatan Nardi itu. Sebuah meter RSM A’PEXi dipasang.

Mungkin peminat kereta di luar sana boleh beri perhatian pada model ini sebab harganya tak mahal mana pun dan bentuknya masih lawa. Setakat nak bawa ngorat awek tu boleh lagi laa…

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

PROTON PERDANA 4WD

Next Post

SUBARU IMPREZA VERSI 9

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved