Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TOYOTA ALTEZZA THE GREEN HORNET

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
29/11/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Saya memang peminat Toyota Altezza yang saya anggap sebagai antara kereta sedan terbaik keluaran Toyota. Pengalaman menaiki Altezza milik seorang rakan satu ketika dahulu membuatkan saya jatuh cinta dengan kereta ni. Mana tidaknya, kabinnya sangat senyap, sistem gantungannya selesa dan enjin rekaan Yamahanya ialah antara enjin paling lancar pernah saya rasa.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Altezza saingannya bukanlah kereta sedan buatan Jepun yang lain. Tetapi saingannya ialah kereta buatan Eropah seperti BMW 3 Series atau Mercedes-Benz C-Class. Oh ya! Satu perkara yang unik pasal Altezza, ia menggunakan sistem pacuan roda belakang – satu konfigurasi yang jarang dijumpai pada sebuah kereta Jepun moden.

Dengan konfigurasi itu jugalah, Altezza boleh dikatakan sebagai sebuah kereta yang dicipta untuk pemandu. Walaupun ditala untuk keselesaan, ia masih mampu memberikan pemanduan dinamik yang diidamkan oleh mereka yang gemar memandu.

Konfigurasi itu juga bermaksud chasis Altezza boleh diubah suai untuk menggunakan enjin berprestasi tinggi seperti apa yang anda boleh lihat di sini. Kereta yang berada di Tawau, Sabah ini merupakan contoh fleksibiliti kereta bernama Altezza. Pemiliknya bukan tidak suka dengan enjin BEAMS asalnya, tetapi kalau mahukan kuasa yang mutlak, lebih baik menggantikannya dengan enjin yang sememangnya direka untuk prestasi. Jadi, enjin asal Altezza ini digantikan dengan satu lagi enjin terkenal buatan Toyota – 2JZ-GTE.

Enjin yang diambil daripada model Toyota Soarer ini ialah enjin yang sama digunakan oleh Toyota Supra JZA80 yang terkenal dalam filem Fast and Furious pertama. Jadi, prestasi enjin ini memang tidak boleh dinafikan, 280hp dah memang dalam tangan walaupun satu modifikasi pun tak buat.

Pemilik Altezza ini melakukan sedikit pengubahsuaian pada enjin. Memandangkan tak payah nak buat lebih-lebih sebab enjin ini dah memang berkuasa tinggi. Penapis udara asal enjin diganti dengan penapis udara jenis pod terbuka buatan K&N. Injap blow-off HKS SSQV dan wastegate jenis external daripada Turbosmart kemudiannya dipadankan.

Sistem turbo berkembar enjin dikekalkan. Tetapi intercooler dinaik taraf dengan intercooler jenis front mount daripada GReddy. Sebuah penyejuk pelincir jenama GReddy turut dipasang bagi menyejukkan lagi suhu operasi enjin. Sistem ECU enjin dinaik taraf dengan ECU TRD yang ditala pula oleh sebuah ECU jenis piggyback GReddy e-Manage.

Seterusnya, sistem ekzos kereta harus dipertingkatkan. Mana boleh pakai ekzos untuk enjin NA pada enjin berkuasa turbo kan? Pemiliknya berjaya mendapatkan manifold ekzos dengan tag JASMA yang khusus untuk enjin ini dan disambungkan kepada paip ekzos berdiameter tiga inci. Di hujung sistem ekzos ini ialah sebuah peredam bunyi HKS Super Drager.

Enjin ini menyalurkan kuasanya kepada kotak gear automatik empat kelajuan yang datang sekali dengan half-cut. Tak payah penat-penat nak tukar gear dan tekan klac. Tapi percayalah, enjin ini walaupun dipadankan dengan kotak gear automatik, ia masih berbisa dan mampu memberikan daya pecutan yang cukup baik.

Altezza ini mempunyai satu set penyerap hentak boleh laras daripada Cusco yang membantu dari segi pengendalian dan paling penting merendahkan kereta. Tak sport langsung kalau kereta nampak tinggi macam bigfoot. Lebih-lebih lagi kalau dah pasang rim Volk Racing CE28 berdiameter 18 inci.

Rim-rim ini mempunyai kelebaran 8.5 inci di depan dan 9.5 inci di belakang. Satu kombinasi yang cukup sesuai bagi kereta yang menggunakan sistem pacuan roda belakang. Tayar-tayar yang membalut rim tadi ialah daripada Bridgestone, tapi pemilik dia lupa pula nak bagitau saiznya.

Kereta ini walaupun dah masuk enjin turbo, sistem breknya masih menggunakan sistem brek asal Altezza. Tidak mengapa, masih boleh diterima sebab Altezza pun guna sistem brek cakera penuh. Bagaimanapun, semua pelapik brek sudah diganti dengan pelapik brek TRD yang mampu memberikan cengkaman lebih baik.

Tak hensem sesebuah kereta kalau tak pakai bodykit. Tetapi kenalah pandai pilih bodykit yang sesuai. Kalau tak, kereta nampak macam kereta Space Cop Gaban pula. Pemilik Altezza ini memilih bodykit lengkap TRD Neo yang direka untuk model Altezza, sebelum melayangkan warna hijau gelap yang cukup sesuai dengan imej kereta sports sedan seperti ni.

Pada bahagian kabin, tidak banyak ubah suai yang dilakukan. Cuma ada aksesori asas seperti turbo timer HKS dan sebuah meter boost jenama Auto Meter. Sistem hiburan dalam kereta Altezza ini boleh tahan dengan pemain utamanya berjenama Kenwood.

Sementara pembesar suara, subwoofer dan amplifier semua menggunakan barangan buatan Kicker. Bagi menyelaras bunyi daripada sistem audio, sebuah pre-amp Caliber digunakan.

Memandangkan harga kereta di Malaysia entah bila nak turun, kereta sebegini hanyalah idaman bagi orang macam saya. Hmmm… buat masa ni, boleh tengok sahajalah.

 

SPESIFIKASI

      • Model: Toyota Altezza
      • Ubah suai enjin: 2JZ-GTE 3000cc 24 injap turbo intercooler, penapis udara K&N, injap blow-off HKS SSQV, wastegate jenis external Turbosmart, pam bahan api Bosch, palam pencucuh NGK
      • ECU: TRD dengan GReddy e-Manage
      • Sistem ekzos: Manifold ekzos spec JASMA, paip tengah custom 3”, peredam bunyi HKS Super Drager
      • Kotak gear: Automatik empat kelajuan
      • Sistem gantungan: Cusco boleh laras
      • Rim / Tayar: Volk Racing CE28 18” / Bridgestone
      • Sistem brek: Standard Altezza, pelapik brek TRD
      • Luaran: Bodykit lengkap TRD Neo
      • Dalaman: Turbo timer HKS, meter boost Auto Meter
      • Bengkel: JDM Garage

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

TOYOTA ESTIMA TCR

Next Post

RESTOMOD – TOYOTA CELICA TA22

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved