Saya sekarang berada di kota Semarang, Indonesia. Negara jiran kita ini menyaksikan pasaran kereta kereta kompaknya semakin meriah sejak pengenalan model-model kecil daripada beberapa jenama global.
Antaranya model yang sudah sedia ada di sana ialah Honda Brio, Datsun Go, Suzuki Karimun (Wagon R), Chevrolet Spark dan Mitsubishi Mirage.
Selepas sekian lama didominasi oleh MPV, kereta bandar begini mula membanjiri pasaran Indonesia. Asalannya mudah, para pengeluar kenderaan terkemuka mula menyedari peluang pasaran yang sangat besar berikutan populasi lebih 300 juta penduduk Indonesia.
Sekali imbas, kereta serba merah ini kelihatan seperti Perodua Axia. Ya, anda tidak salah. Ini merupakan model asal Toyota Agya yang melahirkan Daihatsu Ayla dan Perodua Axia.
Seperkara yang menarik untuk diteliti ialah corak pemilikan dan modifikasi di Indonesia. Perlu tahu bahawa kondisi jalan di sini tidaklah sebaik di Malaysia. Namun, kereta yang direndahlan ke tahap maksimum bukanlah perkara yang luar biasa di sini.
Imej ‘stance’ dan ‘hellaflush’ begitu cepat menular. Toyota Agya ini menarik perhatian saya kerana dipakaikan dengan kit badan TRD. Saya kira, ini mungkin idea yang bagus untuk pemilik Axia?
Rendahkan kereta, pakaikan dengan roda 16 inci (warna merah jambu?) dan bodykit TRD. Kereta ini akan terus berubah rupa 360 darjah!
Dan kenapa saya tiba-tiba rasa nak beli Axia nih? Adoi!
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ