Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TOYOTA AE92 LEVIN COUPE – KERETA NI DAH HAMPIR PUPUS?

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
24/10/2016
in MODIFIKASI, UTAMA

Kereta ini ada satu sahaja kelemahan ketara yang menjadikannya kurang sempurna dan tidak popular. Pacuannya roda hadapan. Bayangkan kalau coupe leper Ini dipacu roda belakang, dah sah-sah harganya tiba-tiba jadi mencarut.

Namun lain pula halnya di Malaysia yang kurang kedapatan kereta-kereta seperti ini, harganya masih boleh maintain.

Selamat datang kembar SE Limited.

Dalam hayat kau berapa kali je boleh jumpa kereta ni? Walaupun saya selalu ke Sabah dan terlibat dalam proses menghasilkan majalah modifikasi lebih 10 tahun (ini cerita dulu lah), tetapi tak sampai 5 buah yang pernah saya jumpa.

Rasanya model Corolla wagon lagi senang jumpa berbanding coupe ni. Sama ada tak ramai yang cari ataupun kereta ni memang betul-betul rare dan kurang dibawa masuk.

Ia merupakan badan yang selalunya menggunakan enjin-enjin power 4AGE atau 4 throttle. Namun, lain pula halnya dengan Levin yang ditemui di Kota Bharu ini. Enjinnya ialah 4AFE iaitu enjin jenis pancitan bahan api yang turut menggerakkan model SEG pemasangan tempatan oleh UMW Toyota. Ia juga berkongsi benda yang sama iaitu lemau.

Baiklah, enjin apa yang patut digantikan pada kereta ni? 4AGE? Boleh, tapi di kala tahun semakin moden ni, harga pasaran half-cut dah makin stabil. Pemiliknya memilih enjin 3SGE daripada half-cut Celica ST205 yang juga disebut 3S Beams dalam kalangan pengikut Toyota.

Enjin ini kalau tengok spesifikasinya memang rigkas, masuk pada Vios sedap ni saya rasa. Walaupun berlainan casis, enjin ini sebenarnya berkongsi cagak yang sama.

3S daripada body Celica ni tak banyak perubahan yang dibuat untuk dimuatkan dalam bay Levin. Apa lagi dari seorang mekanik yang mahir dengan selok belok kereta sendiri. Sambil-sambil tukar side mirror kereta customer je pun boleh siap kereta sendiri. Sebelum disalin, bay enjin Levin ini dilayangkan dengan warna grey kilat. Kasi kontras dengan warna head dan manifold berkilat-kilat kau.

Kepala selinder 3S ini dipasangkan dengan camshaft Toda. Funnel intake itu mendapat satu set lengkap daripada HKS dengan filter honeycomb. Set ekzos kereta ini ialah pakej lengkap dari Toda yang terdiri daripada manifold 4-1, downpipe ke paip bawah seterusnya ke peredam bunyi belakang.

Kotak gear 3S disalin sekali waktu proses pasang enjin dibuat. Ia dibiarkan standard malah klac pun masih elok lagi waktu half-cut ST205 ni belayar ke Tanah Melayu.

Kereta ni nak kata klasik sangat pun tidak, moden pun tidak. Reka bentuknya kontemporari dan sebenarnya nak pilih rim tak jadi masalah. Pemiliknya pilih rim Tanabe CST Precedeo 15 inci yang dipadankan dengan tayar Falken bersaiz 195/55r15.

Rim 2 piece ni agak rare juga kalau ikut design, tapi macam sesuai pulak dipadankan dengan body ‘leper’ macam ni. Tengok dari jauh macam Toyota Mark II pun ada.

Brek asal dibuang dan pemiliknya amat bernasib baik macam mana boleh jumpa set brek Wilwood untuk roda hadapan. Wilwood ini kategori Louis Vuitton dalam bidang brek. Tapi jaga-jaga sebab sekarang segala jenis mak nenek part ayam bersepah dah China bikin.

Pengendalian kereta ni memberi tumpuan kepada aspek keselesaan dan prestasi. Kau nak laju mana sangat di Kota Bharu kereta ada 16 juta atas jalan dan lampu isyarat setiap 30cm. Dengan itu, suspensi kereta ni biasa-biasa sahaja pasang Cusco jenis boleh laras.

Ciri-ciri sporty boleh dilihat dengan pemilihan spoiler ducktail daripada Bomex pada hud belakang. Boleh tahan juga bila pasang side mirror Bomex dan padankan dengan warna merah cili. Bahagian dalam pula ada ciri-ciri sporty dengan karpet Caro dan stereng Tom’s.

Previous Post

PERODUA KENARI YRV – MUJUR PARTS MOVE DAH MAKIN MURAH

Next Post

PROTON SAGA ENJIN ERRR….V8? YA BETUL. V8!!!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved