Kenderaan pelbagai guna (multi-purpose vehicle) atau MPV sangat diminati dahulunya terutam sekali di negara-negara Eropah tetapi ia sekarang sedikit demi sedikit bakal tinggal sejarah. SUV sudah mengambil alih dan kebanyakan pengeluar lebih menumpukan pengeluaran SUV untuk memenuhi permintaan pasaran. Citroen adalah salah satu pengeluar MPV yang menerima kesannya.
Setelah lebih 30 tahun memasarkan MPV di pasaran Eropah, kini Citroen bersedia meninggalkan segmen ini. Grand C4 SpaceTourer tidak akan lagi dikeluarkan seperti yang telah dijadulkan akan berakhir di awal bulan Julai ini. Citroen mula menjual MPV ini sejak tahun 1994 dan dijual sehingga tahun 2002 serta mencatatkan sebanyak 12,000 jualan.
C8, varian lebih besar telah dilancarkan pada tahun 2002 dan kekal selama 12 tahun sebelum ‘bersara’ pada Jun 2014 selepas berjaya mencatatkan jualan sebanyak 150,000. Bagaimanapun, model Xsara Picasso yang membuatkan segmen MPV benar-benar meletup dengan tidak kurang dari 180,000 unit terjual pada tahun 1999 iaitu tahun pertama jualannya. Pengeluar dari Perancis ini menyimpan model ini dalam portfoli sehingga 2012 dan berjaya menjual sejumlah 1.76juta secara keseluruhannya.
Sebagaimana yang dapat dilihat dalam gambar ini ialah Grand C4 SpaceTourer yang menjejaki keluaran asalnya asalnya hingga tahun 2006 ketika C4 Picasso original dilancarkan. Generasi kedua model ini mengambil alih pada tahun 2013, dilengkapi dengan split headlight.
Pada awal 2018, ia berubah nama menjadi C4 SpaceTourer yang juga memberikan kesan terhadap versi yang lebih besar sebagai Grand C4 SpaceTourer. Model yang lebih pendek dengan lima tempat duduk dikeluarkan pada tahun 2020 dan ada didatangkan dengan 7 tempat duduk.
Antara tahun yang cemerlang untuk permintaan MPV adalah pada tahun 2007 dengan pengeluaran sebanyak 115,000 Xsara Picassos dan 215,000 C4 Picassos. Ianya masih lagi belum berakhir untuk keluar hauler kerana Berlingo dan SpaceTourer masih lagi boleh didapati lengkap dengan powertrain elektrik.
Sumber : Motor1/ Citroën