Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Tiada Sempadan Dalam Dunia Modifikasi!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
30/05/2022
in MODIFIKASI, UTAMA

Siapa sangka jentera yang dilihat sekarang ini sebenarnya sebuah Lancer dan bukan Evo secara dasarnya? Kalau yang dah benar-benar arif tentang dunia modifikasi ini terutamanya peminat tegar Evo, pasti bukan susah nak tahu apatah lagi bila dilihat lebih teliti. Dengan cesi yang sama, ia mampu menjadi sesuatu yang lebih hebat. Betul, tak?

Lancer keluaran tahun 2008 ini mungkin tidak mampu memuaskan hati pemiliknya dan mendorong beliau membuat keputusan drastik; menyalin jenteranya menjadi sebuah Evo X. Perkara paling awal yang dilakukan ialah menggantikan enjin asal kepada nadi 4B11T. Nadi lebih berkuasa diperkemaskan ke dalam ruangan enjin Lancer ini.

Segalanya disusun dengan begitu rapi supaya tidak kelihatan menyakitkan penglihatan mata. Enjin ini didatangkan sekali dengan kotak gear manual yang dikuncikan menjadi 2WD. Keseluruhan sistem enjin digantikan dengan kepunyaan Evo X termasuklah wiring lengkap dan juga unit ecu asal yang dibiarkan dalam keadaan asal.

Sistem penyeraphentak dari GAB dipasangkan pada keseluruhan jentera ini bagi membantu menstabilkan kedudukan ketika kuasanya digasak ke tahap yang maksimum agar tidak mengganggu sesi pemanduan. Set brek lengkap AP Racing 6 pot di bahagian depan dan 4 pot di belakang memastikan jentera ini dapat diberhentikan serta merta ketika bergerak di atas jalan raya. Dengan kuasa yang mampu dihasilkan, pastinya kuasa memberhentikannya tidak boleh dipandang remeh.

Beberapa panel di bahagian dalam jentera ini telah dibaluti dengan bahan gentian karbon. Di atas papan pemukanya pula dilekatkan dengan meter Defi Advan. Tempat duduk Bride Brix 2 pula memberi lebih keselesaan kepada pemandu dan juga penumpang hadapannya.

Perkara yang paling utama semestinya penampilan luarnya. Kit ‘wide body’ Evo X telah dipasangkan dipadankan pula dengan hood depan gentian karbon, bumper depan Varis Version 1 lengkap dengan canard, lip serta skirt sisi. Fender sisinya pula dari Victory Function, GT wing gentian karbon Esprit, serta beberapa komponen gentian karbon lain termasuklah trunk belakang, air duct dan juga diffuser belakang.

Bagi menyerlahkan penampilan, rim Volk Racing CE28 berukuran 18 inci menjadi pilihan untuk dipadankan bersama. Memang benar, jika diamati, sukar untuk kita mengenali samada ada ianya sebuah Lancer ataupun Evo X yang asli!

Spesifikasi
Kereta : Mitsubishi Lancer 2008
Modifikasi Enjin : 4B11T
Transmisi / Gearbox : Manual 2wd
Elektronik / ECU : EVO10
Suspensi & Cesi : GAB/ CY4A
Brek : AP Racing 6pot 355 mm, 4 pot 345mm
Roda & Tayar : CE28 10.5 et15, 265/35/18
Dalaman : Defi Advance BF Gauges, M7 touch race, AEM Uego AFR, Apexi Pen Timer, Bride brix 2, Bride fabric finishings and CF panels
Luaran : Evo10 widebody conversion, Evo10 front CF hood, Varis Version 1 front bumper with oversized CF canard and CF front lip, Varis Version 1 side skirt and Rear Widebody kit, Victory Function front fenders, Esprit CF Gt wing, CF rear trunk, Varis CF rear diffuser, Varis CF side air duct, Tomei Expreme Ti exhaust system
Bengkel & Tuner : Z3 Auto Performance, Shifter Autocraft, QN Garage/ NHR Engineering
Owner : Muhamad Zamri Yahaya

Previous Post

Direka Untuk Kesempurnaan, Tiada Ruang Untuk Sebarang kekurangan!

Next Post

Sesuai Digunakan Untuk Menunda Kenderaan Yang Diubah Suai

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved