Seperti yang kita sedia maklum, semua jenis kenderaan menggunakan sistem suspensi untuk memastikan ianya boleh dipandu dalam keadaan yang selesa bukan sahaja pemandu, malah untuk semua penumpangnya.
Bagi kenderaan yang membawa muatan berat pula, ianya pula dapat membantu untuk memastikan kesemua beban yang dibawa tidak memberi gangguan semasa sesi pemanduan lebih-lebih lagi dalam keadaan yang sukar.
Bagi sesebuah kenderaan yang dihasilkan, kesemuanya telah dipadankan dengan sistem penyerap hentak yang telah direka khusus dan bersesuaian untuknya. Namun begitu, ianya mungkin tidak dapat mengikut kehendak kesemua pelanggannya dan ada pula mahukan sesuatu yang lebih baik. Bagi kenderaan yang telah agak berusia pula, mungkin sudah sampai masanya untuk pemiliknya menukarkan komponen tersebut.
Sedia maklum, kenderaan pacuan 4 roda (4×4) semakin banyak dihasilkan berbeza dari dahulu. Majoriti pengeluar kenderaan pasti akan ada model-model serbaguna ini dalam setiap penghasilan mereka. Ada yang digunakan untuk kegunaan harian, ada pula yang digunakan sebagai kenderaan pengangkut atas tujuan kerja dan tidak lupa juga ianya digunakan sebagai jentera perlumbaan. Dengan permintaan yang terlalu tinggi atas model-model yang berkenaan telah menyebabkan para pengeluar sentiasa menghasilkan model-model terbaharu bagi pengguna mereka.
Jentera-jentera ini amat memerlukan sistem suspensi yang mempunyai kualiti dan ketahanan yang tinggi kerana penggunaannya yang pelbagai menyebabkan komponen tersebut tidak boleh dipandang remeh. Oleh yang demikian, pihak LB Auto Group mengambil inisiatif memperkenalkan kepada pasaran tempatan dengan membawakan jenama suspensi yang terkenal buatan negara Thailand iaitu Waldex.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai ramai pengguna jentera 4×4, tidak mustahil bagi Waldex dapat mencipta pelbagai sistem suspensi yang hebat bagi pasaran dunia. Waldex merupakan salah satu jenama yang telah terbukti kehebatannya bagi kenderaan 4×4 dan telah diperakui dari segala hal lebih-lebih lagi tentang kualiti.
Untuk pengetahuan, sistem suspensi ini bukan sahaja dihasilkan bagi kegunaan jentera 4×4, tetapi turut diperkenalkan untuk kenderaan pelbagai guna SUV dan juga van. Material yang digunakan adalah sangat berkualiti tinggi sekaligus membuatkan ianya mempunyai daya ketahanan yang sangat tinggi serta menampung beban tambahan pada sesebuah kenderaan. Hal ini diambil kira oleh Waldex bagi memastikan produk mereka mendapat tempat dihati para pelanggan serta berbaloi untuk dimiliki.
Sistem suspensi Waldex ini tersedia untuk beberapa model βpick-upβ utama seperti Ford Ranger, Isuzu DMax, Mitsubishi Triton, Nissan Navara dan Toyota Hilux serta beberapa model lain antaranya Chevrolet Colorado, Ford Everest, Isuzu MUX, Lexus LX 570, Mitsubishi Pajero, Storm, Nissan Frontier, Nissan Urvan, Toyota FJ Cruise, Hiace, Prado dan juga lain-lain yang seangkatan dengannya. Untuk mendapatkan sistem suspensi yang lebih selesa dan berprestasi disamping memiliki daya ketahanan yang tinggi, inilah masanya!
Untuk pertanyaan yang lebih lanjut mengenai produk Waldex ini, anda boleh berhubung terus dengan LB Auto Group yang telah memasarkannya ke seluruh kedai alat ganti diseluruh Malaysia. Jika ada sebarang pertanyaan mahupun membuat pembelian, hubungi terus talian khidmat pelanggan LB Auto Group di 019-228 9113 atau layari laman sesawang www.lb113.com.
Berminat untuk mengetahui sistem suspensi Waldex ini dengan lebih lanjut, sila hubungi;
Berminat sila hubungi;
ππ ππππ πππππ
No.7 , Jalan 1/57B,
Off Jalan Segambut Atas,
51200 Kuala Lumpur
Contact: 019-9599113
Email: info@lb113.com
FB: https://www.facebook.com/LBauto113/
Web : https://www.lb113.com ,https://www.bkajapan.com
atau
ππ ππππ ππππ(π) πππ§ ππ‘π
No. 9, Jalan 1/57B,
Off Jalan Segambut Atas,
51200 Kuala Lumpur
Contact: 019 β 228 9113 https://wa.link/6rvuma
North Malaysia : 60 19-959 9113 (Kar Chuen) https://wa.link/d0fohe
South Malaysia : 60 19-228 9113 (Mun Chun) https://wa.link/1crgh2
East coast Malaysia : 60 19-368 8113 (Frankie Wong) https://wa.link/e7k2gx
Facebook : https://www.facebook.com/LBAUTOZONE/
Web: https://www.lbautogroup.com , https://www.bkajapan.com