Seramai 300 orang ahli bersama keluarga masing-masing telah menyertai acara sambutan ulang tahun yang diadakan di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Selain mengeratkan hubungan silaturahim, ia juga membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang kereta masing-masing, memandangkan kebanyakan dari mereka hanya bertemu di laman sosial sebelum ini.
Para peserta memulakan konvoi mengikut zon masing-masing. Bagi peserta Lembah Kelang, mereka diminta berkumpul di R&R Seremban untuk sesi taklimat. Sebaik tiba di R&R Machap, mereka bergabung dengan kumpulan dari selatan yang menunggu di sana, sebelum bergerak ke lokasi penginapan.
Aktiviti mini autoshow mengambil tempat di sebelah petang. Ini diikuti majlis makan malam dengan tema Hawaiian Night. Selain penyampaian anugerah dan penghargaan, pelbagai hadiah menarik turut menanti para peserta dalam acara cabutan bertuah.
Keesokan harinya, para peserta dibawa ke Pertubuhan Amal Anak-Anak Yatim Dan Miskin Skudai, untuk menyampaikan sumbangan kepada penghuni rumah berkenaan. Selesai majlis makan tengahari bersama, mereka kembali mengatur perjalanan menuju lokasi masing-masing.