Southern Benzers telah menyambut ulang tahun ketiga penubuhannya pada 3 Mac lalu di Batu Pahat, Johor. Seperti tahun sebelumnya, ia menerima sambutan yang amat menggalakkan, apabila dihadiri hampir 450 buah Mercedes Benz pelbagai model dari seluruh pelusuk negara.
Kumpulan peserta tiba seawal jam 9.00 pagi dan disambut dengan sesi foto di karpet merah. Kesempatan berkumpul digunakan sepenuhnya oleh para peserta, untuk meninjau setiap jentera yang mengambil bahagian. Sekitar 2.00 petang diadakan pula pertandingan autoshow yang dibahagikan kepada 10 kategori.
Aktiviti sukaneka berjaya menggamit suasana, dengan gelagat spontan dari para peserta. Ia diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah, memotong kek ulang tahun serta ucapan penutup oleh Presiden Southern Benzers sekaligus mengakhiri acara yang berlangsung.