Berlangsung di Meru, Ipoh, kemeriahan acara Colour Music Run Show Car & Gymkhana ini dapat disaksikan menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan, termasuk oleh Ipoh Street Racer, PETOC, Ultra Work dan Battle Royal X.
Bermula seawal jam 7.00 pagi, aktiviti fun run telah dijalankan penuh meriah oleh Ipoh Street Racer bersama barisan kelab dan komuniti lain. Diketuai Saudara Ayoman, ia bermula di perkarangan Movie Animation Park Studio (MAPS), menuju ke Terminal Aman Jaya.
Acara gymkhana pula diadakan di tapak parkir Mydin Meru dan diselaraskan oleh pihak PETOC dan Ultra Work. Ia mengetengahkan konsep twin battle yang menyaksikan persaingan lebih menarik. Sebanyak 6 kategori dipertandingkan dan disertai lebih 30 orang peserta sekitar Ipoh.