Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

THE UNICORN

Saiful by Saiful
22/12/2018
in MODIFIKASI, UTAMA

Hakikatnya, Honda NSX tetap sebuah kereta yang rare walaupun di negara asalnya Jepun. Mengikut catatan gugel, sebanyak 18 ribu unit pernah dihasilkan dengan separuh darinya dieksport ke negara Uncle Sam. Nampak macam banyak. Tapi jika saiz pasaran dunia diambil kira, jumlah tersebut memang agak kecik dari yang sepatutnya.

Kat Malaysia jangan citerlah. Suatu ketika dulu, NSX umpama kuda bertanduk dalam cerita dongeng, yang hampir mustahil untuk dijejaki. Memang bertuah kalau jumpa kat mana-mana, apa lagi yang dah siap bikin cenggini. Tapi bila dapat pelepasan cukai, masing-masing mula menunjuk diri, walaupun dengan harga permulaan melebihi suku juta!

Pemilik NSX ni bukanlah orang baru dalam dunia modifikasi. Kepada yang mengenali Ashraff, beliau pernah memiliki pelbagai model berprestasi yang pastinya tidak lagi standard. Adat suka merasa, dah puas pakai jual. Tapi model holy trinity 90’an seperti R34 GTR, Supra MK IV dan NSX NA1, masih disimpan rapi oleh beliau. Dulu takat poster di dinding bilik. Bila ada rezeki lebih, angan-angan itu cuba direalisasikan dalam dunia realiti sebenar.

Honda NSX generasi pertama dibekalkan dengan enjin V6 3000cc berkuasa VTEC, yang mampu menghasilkan tenaga sekitar 270bhp. Ikut standard sekarang, taklah power mana. Tapi bila letak pada casis aluminium seringan NSX, ia sudah memadai untuk menggeletek naluri kelajuan.

Enjin C30A ini diubah secara ringan, untuk membebaskan semula kuasanya. Paling jelas penggunaan sistem ekzos Taitec GT, lengkap dengan manifold, paip tengah dan peredam bunyi. Memastikan penerimaan udara lebih efisyen, ia dibawa dari sistem cold air intake Billion terus ke kotak udara ARC. Malah unit ECU juga telah diprogram semula, mengikut spesifikasi talaan Spoon Sport. Lain-lain aksesori yang dipadankan termasuklah tali sawat Toda Power, pulley Tracy Sport, cagak enjin RFY, kabel pembumi TM Works, penutup radiator Seeker, serta penutup pelincir edisi terhad Kanjo by No Good Racing.

Yang membuatkan kereta ini sangat istimewa ialah pilihan kit badan yang digunakan. Sebijik macam replika NSX-R GT Spoon Sports rekaan Ichishima-San yang dibinanya untuk meraikan kejayaan mereka menyertai sukan permotoran selama 20 tahun. Bukan takat tayang kat bilik pameran, tapi turut beraksi dalam perlumbaan Macau Road Sport Challenge pada tahun 2008. Podium pulak tuh!

Kepada yang maklum, NSX generasi pertama datang dengan lampu jenis pop-up yang memang cukup femes, khususnya pada kereta sokan era 90’an. Tapi sebab nak Spoon Sports punya pasal, ia telah ditanggalkan dan diganti dengan lampu jenis statik dari model NSX-R NA2. Perubahan profil ini juga memerlukan bingkai lampunya ditukar dengan kit khas dari Route Ks.

Keseluruhan komponen milik NSX-R NA2 seperti hood dan fender, juga perlu diguna sama. Ini diikuti penggunaan bumper depan dan belakang Spoon Sports NSX-R GT NA2 yang lebih agresif, skirt sisi Science of Speed, cermin sisi aero Spoon Sports, serta spoiler GT dari RFY. Tambahan aksesori lain termasuklah skup bumbung Route Ks, cangkuk towing Science of Speed, penutup enjin GruppeM, serta lampu belakang NSX-R NA2.

Selepas berpuas hati dengan penampilan keretanya, Ashraff kemudian menaik taraf sistem gantungan bagi mendapatkan karektor pengendalian lebih baik. Memilih set penyerap hentak boleh laras Aragosta Type SS, ia ditala pada kedudukan yang agak rendah sesuai dengan gayanya sebagai replika jentera lumba. Rim asal yang malu-malu kuda telah digantikan dengan Prodrive GC10 bersaiz 18-inci, sebelum dililit tayar berprestasi Achilles ATR Sport.

Menyelak ke ruang kokpit, NSX dihidangkan dengan ruang dalaman yang ringkas tapi mewah, bagi membolehkannya bersaing dengan pengeluar ternama seperti Ferrari dan Porsche. Kerana itu tak banyak yang Ashraff usik pada bahagian ini, kecuali menggantikan unit stereng asal dengan stereng Momo Tuner, lengkap bersama butang hon titanium Type R serta kit quick release rekaan Works Bell.

Tidak dinafikan, NSX generasi pertama ini merupakan sebuah model penting yang menjadi lambang kebangkitan industri pembuatan kereta sokan di Jepun. Ia juga bertanggungjawab menyedarkan pengeluar ternama dari Eropah, dalam menghasilkan sebuah kereta berprestasi yang bukan saja lasak, tapi juga boleh diharap dan mudah dipandu. Walaupun menjangkau usia puluhan tahun, ia kekal sebagai satu-satunya unicorn dari Honda.

 

 

Previous Post

VEILSIDE 4509 GTR, KISAH SUPRA BERBAJU BENTLEY

Next Post

ENTWICKLUNG 39

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved